Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-23 12:05:54    
Kerajaan Kashi Xinjiang China Berusaha Menjadi Pusat "Ekonomi Asia Tengah"

Agensi Berita Xinhua China

Sarjana ekonomi, pegawai kerajaan China, negara Asia Tengah dan Selatan serta pegawai kalangan perdagangan Provinsi Zhejiang China berkumpul di Hangzhou untuk membincangkan strategi perkembangan ekonomi di Kashi, Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang di bahagian paling barat di China.

Kashi berjarak kira-kira 5000 kilometer dari Provinsi Zhejiang. Kerajaan Kashi berharap "Forum Pengajian Strategi Perkembangan Ekonomi Kashi-Asia Tengah di Hangzhou" menarik perhatian kalangan perdagangan di Provinsi Zhejiang dan menggalakkan pedagang yang mempunyai kekuatan ekonomi Provinsi Zhejiang berkembang di Kashi.

Naib Ketua Setiausaha Jawatankuasa Kawasan Kashi Encik Zong Jian menyatakan, "kerajaan Kashi berharap dengan menggabungkan teknologi ekonomi dan industri di sepanjang pantai di bahagian Timur seperti "Delta Sungai Yangtze" dan "Delta Sungai Mutiara", Kashi menjadi pusat pemindahan ekonomi antara perusahaan di timur dengan pasaran antarabangsa Asia tengah, selatan dan barat serta Eropah, pangkalan pemprosesan barangan dan pusat membeli belah, dan menjadi pusat penting ekonomi Asia tengah.

Sebelum itu, Forum Perkembangan Kashi yang butiran yang sama juga pernah diadakan di Guangzhou untuk menarik perhatian pelbagai perusahaan di Delta Sungai Mutiara.

Kashi bersempadan dengan 5 negara iaitu Pakistan, Kirghizstan, Tajikistan, India dan Afghanistan, berjiran dengan Turkmenistan, Uzbekistan dan Kazakhstan. Sebanyak 5 pintu keluar masuk peringkat pertama antarabangsa boleh digunakan di Kashi.

Dalam sejarah, Kashi merupakan pusat perdagangan antarabangsa yang terkenal di Jalan Sutera Kuno. Seiring dengan pembukaan lalu lintas landasan kereta api antara Kurle dengan Kashi pada tahun 1999, pembukaan pintu keluar masuk penerbangan Kashi pada tahun 2004 dan pembukaan laluan penerbangan Kashi ke Pakistan, Kashi telah menjadi tempat penting China membuka pintu kepada Asia tengah, Asia barat dan Eropah.

Menurut maklumat, pada tahun 2003, jumlah perdagangan import eksport Xinjiang dengan 5 negara Asia tengah mencatat 3.5 bilion dolar Amerika. Negara-negara jiran Kashi mempunyai permintaan besar terhadap pakaian, peralatan elektrik, barang keperluan seharian dan peralatan mesin dan elektrik.

Menurut Encik Zong Jian, kerajaan Kashi menggalakkan perkembangan industri pemprosesan, penerokaan minyak dan gas asli, pelancongan untuk mewujudkan Kashi menjadi pusat ekonomi Asia tengah.

----Ching