Menurut statisti secara kasar, terdapat lebih 200 juta tandas yang kemudahannya sederhana di desa China, di samping itu, najis ternakan yag dianggarkan sebanyak lebih dua bilion tan yang dibuang di merata tempat setiap tahun, kebanyakan najis tersebut tidak diuruskan dengan sempurna. Keadaan ini menjejaskan kualiti hidup kaum tani dan memudahkan berlakunya perebakan penyakit dan wabak. Sejak tahun 2000, Kementerian Pertanian China mulai menerangkan penggunaan teknologi gas metana di desa di seluruh negara.
Bandar Enshi, di Provinsi Hubei di bahagian tengah China merupakan salah satu tempat yang awal menggunakan teknologi gas metana di China. Di rumah Encik Xiang Yiji, petani di kampung Gunlongba bandar itu, wartawan mendapati paip plastik warna putih menjulur dari luar ke dalam bilik. Apabila menyalakan lampu daripada sumber tenaga gas metana, bilik di rumah itu yang gelap terang dengan segera; apabila dibuka pemetik dapur gas metana, api yang warna biru menyala; apabila membuka peralatan pemanas air gas metana, air panas keluar dari paip air.
Menurut Encik Xiang Yiji, kaum tani di tempat itu menterna binatang. Alam sekitar terjejas disebabkan najis ternakan tersebut tidak diuruskan dengan sempurna. Pada lima tahun lalu, kerajaan tempatan mencadangkan pembinaan tong gas metana. Melalui usaha selama beberapa tahun, 70% keluarga petani telah memiliki tong gas metana. Encik Xiang Yiji berkata,
"Tong gas metana jenis baru ini mempunyai banyak keunggulan, tekanan gas metana agak stabil".
Menurut Encik Xiang Yiji, pada masa dahulu, kaum tani di desa itu memasak dengan membakar arang batu dan kayu, akan tetapi membeli arang batu meningkatkan perbelanjaan mereka, menebang kayu menjejaskan ekologi alam sekitar dan pelepasan gas akibat pembakaran arang batu mencemarkan udara sehingga eksport hasil pertanian tempatan seperti daun teh dikembalikan kerana telah tercemar. Sejak teknologi gas metana digunakan, perbuatan menebang kayu, mengumpulkan najis di merata tempat tidak wujud lagi. Yang paling menggembirakan ialah daun teh boleh dieksport semula.
Teknologi gas metana juga digunakan di Provinsi Hunan. Di kampung Chunfeng, kaunti Yueyang, Provinsi Hunan, Encik He Shiyan memberitahu wartawan,
"Apabila najis dimasukan ke dalam tong gas metana, sumber tenaga akan terhasil; selain itu, ampas metana juga boleh digunakan untuk memelihara cendawan bagi meningkatkan pendapatan."
Menurut beliau, keluarganya juga mengusahakan secara berkontrak kebun pic. Mereka membajai pohon buah-buahan itu dengan ampas dan air metana dan tidak pernah menggunakan baja kimia. Buah pic yang dihasilkan bukan sahaja besar dan segar, tetapi juga manis, harga jualan juga lebih tinggi.
Teknologi gas metana juga digunakan di beberapa perusahaan. Syarikat Penternakan Zhengxing yang terletak di bandar Lin'an Provinsi Zhejiang. Sejumlah besar bahan buangan organik akan dikeluarkan dalam proses pengeluaran, bukan sahaja mencemarkan sistem air sungai dan tanah pertanian, tetapi juga menjejaskan alam sekitar dan kehidupan penduduk di sekitarnya.
Untuk mengubah keadaan ini, syarikat itu menguruskan najis ternakan menggunakan teknologi gas metana. Wartawan radio kami Encik Gong Wangpeng menyatakan,
"Syarikat Penternakan Zhengxing menguruskan bahan buangan organik dengan teknologi gas metana. Gas metana digunakan untuk memasak, ampas metana dijadikan baja organik untuk menguburkan tanam-tanaman."
----Ching
|