Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-23 14:56:20    
Syarikat Swasta China Berusaha Mencapai Perkembangan

Agensi Berita Xinhua China

Sebanyak 9 syarikat swasta di Wenzhou China membentuk Konsortium Sinorich?Sinorich Consortium (Holdings) CO.,LTD?-- konsortium pertama di China. Tindakan ini bermakna syarikat swasta China berazam mencapai perkembangan yang lebih luas dalam pelbagai bidang.

Menimbau kembali perkembangan dalam tempoh lebih 20 tahun sejak dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan di China, syarikat swasta China mengalami perkembangan dalam tiga peringkat dan terus mencapai kejayaan. Pada awal tahun 1980-an, pedagang Wenzhou menyelenggarakan syarikat swasta terlebih dahulu di China, mereka menyelenggarakan syarikat kecil dan industri kecil pertukangan tangan, sehingga ekonomi swasta China mencapai kemajuan awal. Setelah bekas pemimpin China mendiang Deng Xiaoping mengadakan tinjauan di kawasan bahagian selatan China dan menyampaikan ucapan penting tentang dasar pembaharuan dan buka pintu China pada awal tahun 1990-an, syarikat bukan milik negara berkembang dengan pesat. Setelah China menganggotai WTO, banyak syarikat swasta yang berkeupayaan mulai melabur di luar negara.

Pakar Pengajian "Model Wenzhou" Encik Zhong Pengrong berpendapat, setelah berkembang menggunakan model syarikat keluarga, syarikat sistem saham dan syarikat kumpulan, syarikat swasta China sekarang berada pada tempoh perkembangan model baru. Banyak pakar berpendapat, sebagai syarikat saham pertama yang disahkan oleh Jabatan Pentadbiran Am Perindustrian dan Perdagangan China, tanpa sekatan kawasan dan dinamakan secara rasmi dengan "konsortium", pembentukan Konsortium Sinorich merupakan model perkembangan syarikat swasta baru peringkat ketiga di China.

Naib Dekan Institut Ekonomi Universiti Zhejiang yang juga ahli ekonomi Encik Zhang Xiaodi menegaskan, pembentukan Konsortium Sinorich sesuai dengan pertumbuhan ekonomi dan merupakan percubaan syarikat swasta mennjadi yang lebih maju.

Sebagai konsortium swasta pertama di China, Konsortium Sinorich berhasrat melaksanakan penerokaan sejak ia dibentuk. Pengerusi Lembaga Pengarah Konsortium Sinorich Encik Zheng Shengtao menyatakan, "Kami berharap mengumpulkan aset dan kekuatan untuk mendorong dalam pelbagai bidang." Konsortium Sinorich telah menandatangani 4 projek pelaburan penting dalam bidang pembangunan infrastruktur dan kewangan.

Rancangan pelaburan Konsortium Sinorich tersebut mencerminkan modal kalangan rakyat China semakin meningkat. Berdasarkan jangkaan Institut Penyelidikan Ekonomi Makro Suruhanjaya Perkembangan dan Pembaharuan China, pada masa ini, modal kalangan rakyat mencatat kira-kira 800 bilion Yuan RMB di Provinsi Zhejiang yang taraf penswastaannya paling tinggi di China, modal kalangan rakyat di seluruh kawasan Delta Sungai Yangtze berjumlah 2500 bilion Yuan RMB. Pegawai Konsortium Sinorich menjelaskan bahawa konsortium tersebut mampu mengumpulkan dana sekurang-kurangnya 10 bilion Yuan RMB dalam jangka pendek.

Berdasarkan statistik, setakat penghujung tahun 2003, jumlah syarikat swasta China mencatat lebih 3 juta dengan jumlah pelabur lebih 7.7 juta.

Menurut pakar, kerajaan harus meningkatkan penyeliaan dan kawalan kewangan terhadap konsortium seumpama Konsortium Sinorich dan anak syarikatnya, di samping itu, juga harus meningkatkan usaha menggubal undang-undang dalam bidang berkaitan.

Semasa menyebut tentang perkembangan pada masa depan, Jurucakap Konsortium Sinorich Encik Wang Zhentao penuh keyakinan. Beliau menegaskan, pada masa depan Konsortium Sinorich akan membentuk landasan perdagangan dan kewangan yang luas pada masa depan dan membimbing syarikat China menyertai persaingan antarabangsa.

----Ching