Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-23 14:41:17    
Pengenalan tentang Mendiang Deng Xiaoping, Ketua Arkitek Dasar Pembaharuan dan Buka Pintu China

CRI

22 Ogos merupakan ulang tahun ke-100 kelahiran mendiang Deng Xiaoping, bekas pemimpin negara China. Beliau dikenali sebagai Ketua Arkitek dasar pembaharuan dan buka pintu China kerana melancarkan pembaharuan yang menyebabkan China mengalami perubahan besar mulai penghujung tahun 1970-an.

Tubah badan mendiang Deng Xiaoping tidak tinggi, rambutnya pendek dan selalu tersenyum. Beliau dianggap oleh kerajaan China sebagai ahli politik, ketenteraan dan pemimpin utama Parti Komunis China, Tentera Pembebasan Rakyat China serta Republik Rakyat China.

Mendiang Deng Xiaoping dilahirkan di Provinsi Sichuan yang indah dengan pemandangan alamnya, di bahagian barat daya China pada tahun 1904, beliau melanjutkan pelajaran ke Perancis sewaktu berumur belasan tahun, dan menganggotai Parti Komunis China sewaktu berumur lebih 20 tahun.

Pada tahun 1930-an dan 1940-an, salah sebuah pasukan tentera Parti Komunis China yang diketuai oleh mendiang Deng Xiaoping pernah memainkan peranan penting dalam Perang Anti-Jepun dan Perang Saudara di China.

Setelah Repubik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1940, beliau menyandang jawatan utama dalam Parti Komunis China, bidang politik dan ketenteraan negara China.

Setelah bekas pemimpin negara China mendiang Mao Zedong meninggal dunia pada tahun 1976, mendiang Deng Xiaoping menjadi pemimpinutama negara China yang baru. Beliau mengadakan pembangunan yang perlahan-lahan di China dengan hanya mencontohi cara pembangunan bekas Soviet Union, dan berpendapat bahawa China mesti melaksanakan cara pembangunan yang baru untuk mempercepat langkah pembangunan.

Mendiang Deng Xiaoping memutuskan bahawa China harus mengadakan pembaharuan terhadap dasar pentadbiran dalaman, dan juga harus lebih giat membuka pintu dalam pelaksanaan dasar luar.

Selain itu, mendiang Deng Xiaoping juga menegaskan bahawa berdasarkan pembangunan ekonomi, China harus secara menyeluruh mendorong pembaharuan sistem terhadap pelbagai aspek termasuk sains dan teknologi, pendidikan, kebudayaan, perubatan dan lain-lain.

Sejak tahun 1978, China telah melaksanakan dasar pembaharuan dan buka pintu selama lebih 20 tahun. Dalam tempoh lebih 20 tahun yang lalu, ekonomi China berkembang dengan pesat.

Pada tahun 2003, jumlah keseluruhan ekonomi China menduduki tempat ke-7 dan jumlah perdagangan luar menduduki tempat ke-4 di seluruh dunia. Seiring dengan ekonomi berkembang, China berjaya membasmi kemiskinan dan membangunkan masyarakat kaya.

Mendiang Deng Xiaoping bukan sahaja mendorong pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu, tetapi juga merancang cara pembangunan yang berkesan dan bersesuaian dengan keadaan negara China. Cara pembangunan itu mengutamakan ekonomi sistem milik negara dan juga menggalakkan perkembangan ekonomi sistem yang lain.

Ia menggabungkan sosialisme dengan sistem ekonomi pasaran, mempertahankan pimpinan Parti Komunis China dan menempatkan pembaharuan ekonomi di kedudukan utama dalam pelbagai pembaharuan.

Pada masa ini, walaupun Deng Xiaoping sudah meninggal dunia, tetapi beliau menyumbang jasa yang besar iaitu menjadikan China lebih kaya melalui pelaksanaan dasar pembaharuan dan buka pintu dan menjadikan rakyat China dapat menikmati kehidupan yang lebih makmur daripada masa dahulu. Beliau menetapkan cara pembangunan China yang bijak.

Sehingga ke saat ini, mendiang Deng Xiaoping masih dihormati oleh setiap warga China.

----AZMI