Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-23 16:59:11    
China Tingkatkan Pencegahan dan Rawatan Penyakit Berjangkit

CRI

"Rang pindaan undang-undang pencegahan dan rawatan penyakit berjangkit" telah diserahkan dan dibahaskan buat kali ketiga dalam sidang ke-11 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China ke-10 hari ini. Dalam rang pindaan itu bukan sahaja ditetapkan tugas pencegahan dan rawatan penyakit berjangkit, tetapi juga mengemukakan tindakan yang ketat pencegahan dan kawalan SARS dan selesema burung. Di samping itu, dalam rang pindaan itu juga ditambah butiran melindungi hak pesakit penyakit berjangkit.

"Undang-undang pencegahan dan rawatan penyakit berjangkit" yang wujud sekarang dilaksanakan di China pada bulan September tahun 1989. Pelaksanaan undang-undang itu memainkan peranan penting untuk mencegah dan merawat penyakit berjangkit di China. Akan tetapi, pada tahun-tahun kebelakangan ini, situasi pencegahan dan rawatan penyakit berjangkit di China mengalami perubahan. Beberapa penyakit berjangkit baru mengancam dengan serius kesihatan dan keselamatan nyawa penduduk awam China. Sehubungan dengan itu, Kongres Rakyat Kebangsaan China menetapkan mengadakan pindaan dan menyempurnakan "Undang-undang pencegahan dan rawatan penyakit berjangkit" yang wujud sekarang. Naib Pengerusi Jawatankuasa Perundangan Kongres Rakyat Kebangsaan China Encik Hu Guangbao menyatakan,

"Pindaan "Undang-undang pencegahan dan rawatan penyakit berjangkit" adalah perlu untuk mencegah, mengawal dan membasmi perebakan penyakit berjangkit, menjamin kesihatan penduduk awam."

Menurut statistik, pembawa virus penyakit AIDS berjumlah 840 ribu di China pada masa ini. China telah menjadi salah sebuah negara yang jumlah pesakit AIDS meningkat dengan pesat di dunia. Menghadapi situasi yang serius itu, rang pindaan undang-undang itu telah menetapkan peraturan khas untuk mencegah dan merawat penyakit AIDS.

Sejak tahun lalu, penyakit berjangkit baru seperti SARS dan selesema burung menjejaskan dengan serius sosialekonomi China. Sehubungan dengan itu, rang pindaan undang-undang itu telah menyenaraikan penyakit berjangkit tersebut dalam lingkungan penyakit berjangkit dalam undang-undang, dan menetapkan tindakan lebih ketat untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit tersebut.

Pada masa ini, pesakit penyakit berjangkit mengalami diskriminasi. Isu itu menarik perhatian luas dalam masyarakat China. Sehubungan dengan itu, dalam rang pindaan itu ditambah secara khas butiran yang tidak boleh mendiskriminasi pesakit tersebut, memberi bantuan kepada pesakit penyakit berjangkit yang mengalami kesukaran, mengurangkan dan mengecualikan bayaran perubatan dan ubat-ubatan, menjamin pendapatan pesakit yang dikuarantin dan lain-lain.

----Ching