Wartawan CRI melaporkan, Forum Pendidikan Asia Beijing 2004 selama dua hari telah diadakan di Beijing pada pagi hari ini. Seramai 224 wakil dari 19 negara dan kawasan telah menyertai forum itu. Antaranya, terdapat lebih 180 orang wakil adalah dari luar negara.
Dalam Forum Pendidikan Asia Beijing kali ini, para peserta akan berbincang tentang pertukaran dan kerjasama antara negara-negara di rantau Asia.
Pengarah Sekretariat Pertubuhan Menteri Pendidikan Negara Asia (SEAMEO), Dr. Arief Sukadi Sadiman telah menyampaikan ucapan dalam Forum Perkhidmatan Pendidikan Asia.
Difahamkan, forum tersebut adalah salah satu daripada empat aktiviti pendidikan pertukaran antarabangsa yang diadakan di Beijing. Tiga aktiviti yang lain ialah Ekspo Pendidikan Antarabangsa Beijing, Persidangan Pentadbir Universiti Antarabangsa Ke-15 dan Forum Akademik Beijing Pertama.
Para peserta bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.
|