Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-24 18:55:16    
Sidang Kerjasama Pendidikan Asia Diadakan di Beijing

CRI

Wartawan CRI melaporkan, Sidang Kerjasama Pendidikan Asia Forum Pendidikan Asia Beijing 2004 diadakan di Beijing pagi tadi.

Menteri Pendidikan China, Encik Zhouji, Ketua Setiausaha  Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Dato' Mohd Yahya bin Nordin, Menteri Pendidikan Thailand, Dr. Adisai Bodharamik serta pegawai pendidikan dari pelbagai negara lain telah menghadiri sidang tersebut dan menyampaikan ucapan mereka yang memperkenalkan usaha pendidikan di negara masing-masing serta pengalaman dalam bidang tersebut.

Ketua Setiausaha  Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Dato' Mohd Yahya bin Nordin.

Menteri Pendidikan China, Encik Zhouji dalam ucapannya menyatakan bahawa kerajaan China tetap mengutamakan usaha pendidikan dan telah mencapai kejayaan yang besar. Kerajaan China akan meningkatkan lagi usaha pendidikan di kawasan desa, meningkatkan taraf pendidikan pengajian tinggi dan berusaha menubuhkan sejumlah institut pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa.

Di samping itu, Zhou Ji juga berharap mengintensifkan kerjasama dengan pelbagai negara dalam bidang pendidikan.

Menteri Pendidikan China, Encik Zhouji menyampaikan ucapannya.

Beliau berkata, "China akan mengadakan terus pembaharuan dan pintu terbuka dalam bidang pendidikan dan meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam bidang itu, khususnya dengan menjalinkan hubungan kerjasama dan pertukaran dengan negara-negara Asia dalam bidang itu. "