Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-24 10:38:17    
Pelaksanaan Undang-undang Izin Pentadbiran Menyebabkan Banyak Undang-undang China Disusun Semula

Agensi Berita Xinhua China

Sejak Undang-undang Izin Pentadbiran dilaksanakan untuk menyekat tindakan kerajaan, peraturan dalam banyak undang-undang yang tidak bersesuaian dengan Undang-undang Izin Pentadbiran sedang dipertimbangkan untuk disusun semula atau dibatalkan.

Sebanyak 9 rang pindaan undang-undnag termasuk undang-undang lebuh raya, undang-undang syarikat, undang-undang sekuriti, undang-undang cek, undang-undang lelong, undang-undang perlindungan binatang liar, undang-undang perikanan, undang-undang benih dan peraturan ijazah semalam telah diserahkan kepada sidang ke-11 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China untuk dibahaskan.

Naib pengerusi Suruhanjaya Perundang-undangan Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China Encik An Jian menyatakan, beberapa peraturan tentang izin pentadbiran dalam 9 undang-undang tersebut tidak bersesuaian dengan peraturan Undang-undang Izin Pentadbiran, pindaan fungsi kerajaan dan pembaharuan sistem pengurusan pentadbiran, sehubungan dengan itu, beberapa peraturan dalam undang-undang tersebut harus dibatalkan atau disusun semula.

Profesor Wu Jiang dari Institusi Pentadbiran China menyatakan, "Pindaan 9 undang-undang tersebut mencerminkan "sekatan kuasa kerajaan" dan prinsip memudahkan penduduk awam. Ini selaras dengan mengubah fungsi badan kerajaan yang dicadangkan dalam Undang-undang Izin Pentadbiran."

Ketua Pengarah Pejabat Kumpulan Pimpinan Pembaharuan Sistem Pengesahan Pentadbiran Dewan Negara China yang juga Naib Menteri Penyeliaan Encik Li Yubin menyatakan, pemimpin China baru menumpukan perhatian terhadap pembaharuan sistem pengesahan pentadbiran. Pemimpin China menegaskan di samping melaksanakan Undang-undang Izin Pentadbiran, pembaharuan sistem pengesahan pentadbiran harus dimajukan dengan cepat dan sejumlah besar prosedur pengesahan pentadbiran harus dikurangkan.

Setelah 1300 prosedur pengesahan pentadbiran dibatalkan dan disusun semula secara dua peringkat pada bulan Oktober pada tahun 2002 dan bulan Feburari tahun 2003, Dewan Negara China menetapkan lagi pada bulan Mei tahun ini untuk membatalkan dan menyusun semula 495 prosedur pengesahan pentadbiran. Setakat ini, separuh prosedur pengesahan pentadbiran yang ditetapkan untuk dibatalkan dan disusun semula oleh Dewan Negara China telah diselesaikan.

----Ching