|
Di jalan sepanjang hampir dua kilometer di pusat bandar Changchun, Provinsi Jilin di bahagian utara China, seniman dari 17 negara Asia seperti Malaysia, Korea Utara, Myamar dan China mempersembahkan pertunjukan nyanyian dan tarian kepada penduduk awam China yang berjumlah lebih 10 ribu orang.
Ini merupakan program pertama dalam Pesta Kesenian Asia ke-6 yang diadakan di Provinsi Jilin dan juga merupakan persembahan kesenian asing yang skopnya paling besar yang disaksikan buat kali pertama oleh penduduk bandar Changchun. Pegawai Kilang Mesin Perkakas Changchun kedua menyatakan dengan gembira bahawa diharapkan kerajaan menganjurkan lebih banyak aktiviti kesenian seumpama itu agar penduduk awam China hidup dengan lebih senang hati dan sahabat pelbagai negara lebih mengetahui orang China.
Pemandu teksi Encik Cheng Guangya membawa sekeluarganya untuk menyaksikan persembahan tersebut. Beliau memberitahu wartawan, kebanyakan pertunjukan dipersembahkan di teater di bandar Changchun pada masa dahulu. Pertunjukan seniman asing yang skopnya begitu besar tidak pernah dipersembahkan di medan kebudayaan.
Puan Ni Cuilan berusia lebih 50 tahun. Beliau merupakan anggota Kumpulan Persembahan Bola Bina Badan kawasan kediaman penduduk Shuguang bandar Changchun. Beliau berkata, "Pesta kali ini merupakan peluang yang baik. Kami boleh menunjukkan kebudayaan sendiri. Saya akan menunjukkan imij kegembiraan dan kebahagiaan warga tua China kepada seluruh Asia bahkan sedunia."
Semasa menyebut persembahan negara Asia lain, ketua inspektul pesta kali ini, Encik Xing Dehui menyatakan, kesenian Asia yang bersejarah lama merupakan kebudayaan bangsa dan kesenian kalangan rakyat. Kesenian Asia tersebut menerima dan belajar kebudayaan yang unggul asing di samping meneruskan kebudayaan tradisional dan penuh daya hidup. Pesta Kesenian Asia bertujuan untuk mempamerkan, melindungi dan mengembangkan tamadun oriental.
Ketua Pengarah Bahagian Kebudayaan Provinsi Jilin Encik Zhou Weijie berpendapat, mengejar kebenaran, baik hati dan keindahan merupakan hasrat bersama rakyat dan seniman pelbagai negara Asia. Salah satu tujuan pesta kesenian kali ini adalah untuk mendorong pertukaran antara pelbagai negara Asia, memberi sumbangan bagi pelbagai negara hidup bersama secara damai dan mencapai kemakmuran bersama.
----Ching
|