Menurut Agensi Berita Xinhua, Menteri Pendidikan China, Zhou Ji menyatakan di Beijing hari ini, melalui perkembangan pada lebih 20 tahun yang lalu, usaha pendidikan China berkembang amat pesat, pembaharuan pendidikan China telah mencapai kemajuan yang besar, lebih ramai warga China menerima pendidikan tinggi.
Zhou Ji berkata, setakat tahun 2003, hampir 92% penduduk China telah menerima pendidikan wajib selama 9 tahun, buta huruf pemuda telah menurun kepada 5%.
Dalam bidang pendidikan tinggi, seramai lebih 20 juta orang sedang mengikuti pengajian tinggi di universiti pada tahun ini, skopnya menduduki tempat pertama di dunia.
|