Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-25 11:18:53    
Guangdong, Hong Kong dan Makau Mainkan Peranan Penting dalam Kerjasama Pan Kawasan Delta Sungai Mutiara

Agensi Berita Xinhua China

Dalam "Forum Ekonomi dan Perdagangan Pan Kawasan Delta Sungai Mutiara 2004" yang diadakan di Hong Kong baru-baru ini, para peserta berpendapat, di bawah usaha bersama kerajaan 11 provinsi dan wilayah autonomi China, kerjasama Pan Kawasan Delta Sungai Mutiara sedang berkembang ke arah yang dijadualkan dengan lancar, Guangdong, Hong Kong dan Makau memainkan peranan penting dalam kerjasama itu.

Menurut pakar berkaitan, kerjasama kawasan yang berjaya harus mempunyai prasyarat sebagai berikut: pertama, kawasan pusat harus mempunyai daya menarik dan pertumbuhan; kedua, pertumbuhan ekonomi di pelbagai tempat berlainan dan mempunyai keunggulan yang saling melengkapi; ketiga pelbagai kawasan berjiran dan mempunyai kerjasama tradisional dan keempat, kerjasama yang berkongsi kepentingan dan mencapai kejayaan bersama harus dilaksanakan.

Sejak tahun 1980-an, kerjasama Guangdong, Hong Kong dan Makau telah mencapai kejayaan yang menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Kerjasama yang saling melengkapi dan saling menguntungkan bukan sahaja menyebabkan proses industrislisasi diwujudkan dan keunggulan membuka pintu kepada dunia luar dibentuk di Provinsi Guangdong, tetapi juga menyebabkan peningkatan taraf barang keluaran dan daya saing di arena antarabangsa diwujudkan di Hong Kong dan Makau. Kawasan Guangdong, Hong Kong dan Makau menduduki tempat yang penting dalam pertumbuhan ekonomi China dan kerjasama perdagangan dengan luar negara, dan juga menjadi pangkalan perdagangan pemprosesan eksport yang paling dinamik dan berdaya saingan di kawasan Asia.

Dalam usaha membuka pintu dan persaingan ekonomi pusingan baru, Provinsi Guangdong harus mewujudkan keunggulan industri yang baru. Akan tetapi, faktor sekatan seperti sumber alam berkurangan dan kawasan sempit tetap wujud di provinsi itu. Setelah krisis kewangan Asia berlaku, kos penyelenggaraan industri perkhidmatan di Hong Kong amat tinggi, sehubungan dengan itu, permintaan untuk memperkukuh kedudukan pusat kewangan antarabangsa, pengedaran komoditi, maklumat dan pelancongan amat mendesak. Manakala kawasan di Makau sempit, perkembangan Makau tergantung kepada pasaran di Delta Sungai Mutiara dan kawasan bahagian selatan China.

Menurut penganalisis, mempercepat hubungan ekonomi serantau, meningkatkan daya menarik Delta Sungai Mutiara, memainkan peranan penting dalam kerjasama Pan Kawasan Delta Sungai Mutiara merupakan pilihan sewajarnya bagi Guangdong, Hong Kong dan Makau mencapai kemajuan.

----Ching