Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-25 16:48:35    
Kerajaan China Sempurnakan Sistem Ahli Juri Rakyat

CRI

Sistem ahli juri rakyat telah dilaksanakan di China selama puluhan tahun dan sukar memainkan peranannya secara penuh pada masa ini. Sehubungan dengan itu, Mahkamah Agung Rakyat China telah menyerahkan "Rang cadangan Ketetapan tentang Menyempurnakan Sistem Ahli Juri Rakyat" kepada Kongres Rakyat Kebangsaan China untuk dibahaskan.

Sistem Ahli Juri Rakyat merupakan sistem dakwaan asas China. Butirannya ialah badan kehakiman negara menerima anggota kehakiman bukan profesional sebagai ahli juri untuk menyertai kes perbicaraan. Sistem itu dengan membelajari sistem kumpulan juri dan sistem penyertai perbicaraan asing agar penduduk awam selaku ahli juri menjalankan penyeliaan bebas terhadap tugas perbicaraan untuk menjamin keadilan dan mencegah rasuah kehakiman. Sistem itu merupakan komponen penting politik demokratik China. Menurut statistik yang tidak lengkap, ahli juri rakyat berjumlah lebih 23 ribu di China sekarang. Akan tetapi, kerana peraturan undang-undang yang wujud sekarang terhadap sistem itu terlalu sederhana dan tidak standard, beberapa masalah wujud dalam sistem itu dan harus diselesaikan segera. Pengerusi Pejabat Hukuman Jenayah Suruhanjaya Kerja Perundangan Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China Encik Lang Sheng menyatakan,

"Pelaksanaan sistem tersebut kurang cadangan standard dan tidak mencapai kesan yang memuaskan. Sehubungan dengan itu, Mahkamah Agung mengemukakan ketetapan untuk menyempurnakan sistem ahli juri rakyat."

Di samping itu, beberapa mahkamah menyediakan kerja kepada ahli juri yang tetap sehingga mereka menjadi "hakim" dan sistem ahli juri rakyat tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut rang cadangan itu, mahkamah harus mengaturkan ahli juri rakyat menyertai perbicaraan secara giliran, seorang juri tidak boleh menyertai perbicaraan lebih 10 kes setiap tahun.

Berdasarkan peraturan rang cadangan itu, ahli juri rakyat mempunyai hak sama rata dan melaksanakan hak perbicaraan yang sama dengan hakim. Sehubungan dengan itu, rang cadangan itu juga membuat ketetapan terperinci terhadap syarat penyandang jawatan ahli juri. Pengerusi Jawatankuasa Perundangan Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China Encik Hu Kangsheng semasa menyampaikan ucapan berkata,

"Berdasarkan peraturan rang cadangan itu, orang yang akan menyandang jawatan ahli juri rakyat harus mempunyai syarat pertama, menyokong perlembagaan Republik Rakyat China; kedua mempunyai hak calon dan dicalon; ketiga orang itu berumur 23 tahun; keempat orang itu baik budiman dan adil, dan kelima sihat."

----Ching