Menurut berita Kementerian Perdagangan Semalam, air yang keluar dari paip air berwarna coklat, gejala ini menerangkan kualiti air Malaysia perlu diperbaiki. Para pegawai memberi amaran bahawa ibu negara yang padat penduduk ini mungkin akan mengadapi masalah kekurangan air dalam tiga tahun akan datang.
Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Kerajaan akan memberuntukkan 13.2 bilion dolar A.S. dalam lima tahun akan datang agar dapat memperbaiki kemudahan kekalan air dan pelupusan pencemaran. Dijangka, merupakan salah satu projek infrastruktur yang terbesar di Malaysia.
Kerajaan Malaysia sedang berharap menwujudkan penswastaan sistem bekalan air, yang dianggap sebagai ujian penting terhadap janji Perdana Mentreri Abdullah Badawi. Beliau pernah berjanji akan meningkatkan taraf transisi penjualan aset milik negara.
Tetapi rancangan pembaharuan perkhidmatan air itu masih menghadapi pelbagai halangan, misalnya kontraktor swasta yang lebih dahulu mendapat faedah dari rancangan penswastaan perkhidmatan air mungkin akan berasa tidak puas hati, pengguna juga mungkin akan menyatakan bantahan kerana bimbangkan kenaikan tarif air.
Menteri baru Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik sedang mengetuai projek ini. Beliau menyatakan bahawa usaha dulu yang menswastakan sebahagian sistem perkhidmatan air telah mengakibatkan kosnya naik, tetapi belum membawa hasil yang setimbal.
Skop projak air ini boleh dinilai dengan fakta berikut, peruntukan yang dirancangkan untuk projek ini akan menduduki satu pertiga belanjawan rancang pembangunan Malaysia pada lima tahun akan datang. Rancangn Pembangunan Lima Tahun ini akan bermula pada tahun 2006.
Para pegawai menyatakan bahawa dana yang diperlukan akan dikumpul dengan menerbitkan bon.
Dari tahun 1981 hingga tahun 2001, oleh sebab penduduk berambah serta penmbangunan yang cepat, jumlah penggunaan air di Malaysia setiap tahun purata meningkat 8%. Dijangka jumlah penggunaan air akan terus meningkat 4% purata setiap tahun hingga tahun 2010. Oleh sebab itu, sistem air Malaysia semakin membebankan.
Dr Lim Keng Yaik menubuhkan satu jawatankuasa air kebangsaan sebelum awal tahun depan untuk mengambil alih tugas kerajaan negeri yang bertanggungjawab pengagihan sumber air, melakukan pengurusan secara bersepadu terhadap rancangan air kebangsaan. Jawatankuasa tersebut akan menentukan standard tarif air dan menguruskan syariakt air swasta dengan mencontohi formula Britain.
Bagi syarikat yang memiliki hak lazim urus niaga, selain menyediakan perkhidmatan pengurusan air yang dulu, mereka juga ada kemungkinan ikut serta dalam perkhidmatan untuk menguruskan, mengagihkan, memungut tarif air dan melupuskan pencemaran.
Tetapi bahagian yang paling menarik perhatian dalam rancangan air baru ialah sama ada kerajaan akan mendorong rancang berkaitan, mengadakan rundingan tentang kontrak semula dengan syarikat air swasta sekarang. Para pegawai berpendapat, kontrak dulu merugikan kerajaan.
Perdana Menteri telah berjanji, kontrak penswastaan baru akan ditentukan melalui tender terbuka. Hak kawalan industri air akan diambil alih oleh kerajaan pusat dari kerajaan negeri. Ini akan memperbaiki keadaan pengawasan serta mengurangkan peluang memberi keutamaan khas kepada kerajaan negeri.
|