Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-25 15:05:14    
Jumlah Pelaburan Negara-negara ASEAN ke China Melebihi 30 bilion Dolar A. Hingga Penghujung Tahun 2003

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, "Ekspo China-Asean dan Forum Pakar Perkembangan Guangxi" telah diadakan baru-baru ini. Jumlah pelaburan negara-negara ASEAN ke China lebih kurang 3 bilion dolar A. setiap tahun. Hingga penghujung tahun 2003, jumlah pelaburan negara-negara ASEAN ke China sudah melebihi 30 bilion dolar A..

Menurut statistik Kementerian Perdagangan China, hingga penghujung tahun 2003, projek pelaburan negara-negara ASEAN di China seluruhnya berjumlah 22075, jumlah dana pelaburan 64.59 bilion dolar A., menempati 6.85% daripada jumlah keseluruhan modal asing China berdasarkan konterak. Pelaburan mencatat 32.37 bilion dolar A., merupakan 6.46% daripada jumlah modal asing nyata di China.

Hingga penghujung tahun 2003, jumlah pelaburan purata setiap projek negara-negara ASEAN di China mencatat 2.92 juta dolar A., jumlah pelaburan mencatat 1.47 juta dolar A..

Pelaburan negara-negara ASEAN terutamanya dari lima negara anggota lama ASEAN. Hingga penghujung tahun 2003, projek pelaburan, jumlah pelaburan perjanjian,dan jumlah pelaburan nyata dari lima negara anggota lama iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand masing-masing menempati 95.85% , 98.1% dan 99.1% daripada jumlah pelaburan 10 negara ASEAN di China.

Singapura merupakan negara yang pelaburannya paling banyak di China, hingga penghujung tahun 2003, projek pelaburannya di China mencapai 11871, jumlah modal asing mencapai 43.57 bilion dolar A., pelaburan nyata mencatat 23.53 bilion dolar A., masing-masing menempati 53.78%, 67.45% dan 72.69% daripada pelaburan ASEAN kepada luar.

Bahagian utama pelaburan ASEAN di China adalah perusahaan orang China di Asia Tenggara. Berdasarkan taksiran para pakar, dalam pelaburan negara-negara ASEAN ke China, pelaburan perusahaan orang China lebih kurang merupakan 70%.

Pada tradisinya, bidang yang dilaburkan oleh negara-negara ASEAN terutamanya ialah industri pemprosesan dan industri harta yang tidak bergerak(termasuk projek penerokaan hartanah, seperti restoran, hotel rumah kediaman dan lain-lain). Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, lingkungan pelaburan negara ASEAN di China terus-menerus diperluas, sudah berkembang ke industri kewangan, industri perniagaan runcit, industri besi dan besi baja, industri petrokimia dan lain-lain.