Kerjasama Ekonomi Kawasan Sekeliling Laut Bo akan Dimulakan
CRI
Menurut berita CRI, pegawai kerajaan kawasan ekonomi sekeliling Laut Bo yang terdiri daripada 7 provinsi, wilayah autonomi, serta bandar yang dibawah pentadbiran kerajaan pusat semalam bersidang di Langfang, provinsi Hebei untuk merancang pembangunan dan usaha kerjasama pada masa depan. Pegawai-pegawai itu mencapai persepakatan untuk menubuhkan mekanisme kerjasama yang baru untuk mendorong perkembangan ekonomi di sana. Kawasan ekonomi sekeliling Laut Bo merupakan tempat yang menarik pelaburan asing yang banyak di bahagian utara China.
|
|