Laluan perkapalan Sungai Lancang-Sungai Mekong telah dibuka setelah projek kawalan dan pengubah-suaian yang dilaksanakan selama beberapa tahun diselesaikan.
Berdasarkan maklumat pegawai Bahagian Kerjasama Antarabangsa Kementerian Komunikasi China, setelah air Sungai Lancang mengalir keluar dari wilayah China, nama Sungai Lancang diubah menjadi Sungai Mekong. Air sungai itu mengalir melalui Myanmar, Laos, Thailand, Kemboja dan Vietnam, masuk ke Laut China Selatan. Sungai itu sepanjang 4880 kilometer. Sungai Lancang-Sungai Mekong merupakan satu-satunya sungai antarabangsa penting yang menghubungkan 6 negara Asia Tenggara, projek pembangunan dan kerjasama kawasan aliran Sungai Mekong merupakan salah satu butiran penting dalam rangka kerjasama China-ASEAN (10+1).
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan China menumpukan perhatian terhadap pembangunan Sungai Lancang-Sungai Mekong, kerajaan 4 negara iaitu China, Laos, Myanmar dan Thailand menjadikan penerokaan laluan perkapalan menjadi projek utama pembangunan kawasan aliran sungai itu. Melalui usaha selama hampir 10 tahun, Menteri Komunikasi keempat-empat negara tersebut telah menandatangani "Perjanjian Pembukaan Laluan Perkapalan Sungai Lancang-Sungai Mekong" pada bulan April tahun 2000 dan laluan perkapalan itu dibuka pada bulan Jun tahun 2001.
Disebabkan syarat di beberapa bahagian laluan perkapalan itu kurang sempurna dan menjejaskan keselamatan kapal, pada ketika bertemu dengan pemimpin ASEAN pada bulan November tahun 2000, pemimpin China menyatakan, kerajaan China memperuntukkan 5 juta dolar Amerika membantu Laos dan Myanmar membersihkan laluan perkapalan di wilayah negara tersebut. Projek tersebut disahkan dan dilaksanakan oleh kerajaan keempat-empat negara tersebut pada bulan Mac tahun 2002 berdasarkan standard konvensyen perlindungan alam sekitar antarabangsa, laporan penilaian alam sekitar serta rancangan rekaan yang ditetapkan oleh negara-negara tersebut.
Projek itu diselesaikan pada bulan April tahun 2003 dan diluluskan pemeriksaan pakar dari 6 negara. Pada masa ini, kapal seberat 100 tan hingga 150 tan dapat dilalui sepanjang tahun di bahagian sungai itu.
Pada masa ini, jumlah pengangkutan perkapalan tahunan antarabangsa Sungai Lancang mencatat 500 ribu tan, buah-buahan, sayur-sayuran, ternakan, bahan binaan dan peralatan elektrik dari 13 provinsi dan wilayah autonomi China dieksport dan buah-buahan, minuman dan getah diimport melalui sungai itu.
----Ching
|