|
Sejenis minyak buatan gas asli tanpa warna dan bau digunakan secara percubaan dalam 8 bas bandar Shanghai baru-baru ini. Pada dua bulan kemudian, pengkajian pelupusan asap ekzos, perbandingan kos dan kesan dilaksanakan, bahan bakaran yang bersih itu akan digunakan dalam semua bas bandar Shanghai.
Bandar Shanghai menjadi beberapa bandar di dunia yang menggunakan secara percubaan minyak bakar yang bersih itu selepas Berlin, London, Los Angeles dan Tokyo.
Bahagian Gas Asli dan Menjana Tenaga Elektrik Jenama Shell dan Syarikat Komunikasi Bas Pudong Shanghai Berhad mengadakan bersama-sama aktiviti percubaan tersebut. Pelupusan asap ekzos, kesan kebakaran minyak dan bunyi bising akan dianalisis berdasarkan data-data yang disediakan oleh 8 bas tersebut.
Gas asli merupakan sumber tenaga yang bersih dan pelbagai kegunaan. Jumlah simpanan gas asli banyak di dunia akan tetapi sukar disalurkan ke kawasan terpencil. Sehubungan dengan itu, memindahkan gas asli sebagai barang keluaran berkaitan untuk digunakan dalam pasar dengan mudah menjadi topik kajian penting.
Makmar Amsterdam Belanda Jenama Shell memperuntukkan lebih 10 juta dolar Amerika untuk mengkaji pada tahun 1970-an dan berjaya mengeluarkan minyak gas asli (GTL). Setelah Syarikat Shell berjaya menyelesaikan pengkajian itu, loji minyak gas asli pertama di dunia telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1993 dengan mengeluarkan GTL 14.7 ribu tong sehari. GTL digunakan secara percubaan dalam bas dan diperdagangkan di bandar utama di dunia. Berdasarkan trend perkembangan pasaran, Syarikat Shell menetapkan menyelenggarakan perusahaan pengeluaran GTL di Qatar dengan pengeluarannya 140 ribu tong sehari.
Pada bulan November tahun 2003, Jabatan Komunkasi bandar Shanghai, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar bandar Shanghai dan Universiti Tongji mengkaji bersama-sama kesan kos GTL dan keunggulan perlindungan alam sekitarnya. Para pakar berpendapat, penggunaan GTL bermanfaat mengurangkan persenyawaan kimia yang bahaya kira-kira 20%, sesuai digunakan di pelbagai bidang, boleh digunakan dengan dicampurkan dengan minyak disel dan juga boleh digunakan dengan persendirian. Pada bulan Febuari tahun 2004, Jabatan Komunikasi bandar Shanghai dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar bandar Shanghai juga melaksanakan pengkajian terhadap potensi penggunaan GTL di bandar Shanghai.
Terdapat 18 ribu bas di bandar Shanghai, penggunaan sumber tenaga yang bersih bermanfaat bagi menyempurnakan alam sekitar di bandar itu.
----ching
|