Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-26 14:54:14    
Taman Sukan Longtan, Taman Sukan yang Terbesar di Beijing

CRI
Beijing akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2008. Zon Sukan Longtan Beijing merupakan zon sukan pertama dibina dengan biaya sebanyak 6 bilion Yuan RMB dan dijangka siap sebelum Sukan Olimpik Beijing diadakan.

Taman Longtan terletak di Youanmen Daerah Chongwen Beijing, taman itu merangkumi 3 tasik yang jumlah keluasannya mencapai 120 hektar. Taman biasanya satu kawasan yang tertutup dan mempunyai pintu masuk, tembok, rumput, pokok dan lain-lain. Tetapi Taman Sukan Longtan ialah taman terbuka, taman itu merupakan satu zon, pemandangan alam dan kebudayaan. Taman itu berpusat di Jalan Stadium dan Tasik Longtan, merupakan zon sukan yang teratur dan dirancang rapi.

Kawasan Longtanhu merupakan kawasan yang banyak kegiatan sukan. Encik Zhang Faqiang dari Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China memaklumkan, pertama, kawasan itu mempunyai lebih 100 buah perusahaan yang berniaga peralatan sukan, dan sudah menubuhkan satu jalan perniagaan sukan di kawasan tersebut. Kedua, terdapat padang sukan seluas 260 ribu meter persegi di kawasan itu, termasuk Bahagian Latihan Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China, Sekolah Sukan Ke-2 Beijing dan pusat latihan Sikuaiyu. Padang sukan menempati 13% daripada keluasan kawasan itu, terdapat banyak kemudahan sukan di kawasan tersebut. Dan ketiga, Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China dan pelbagai pusat pentadbirannya merupakan badan sukan utama kerajaan di China, dan merupakan sumber maklumat pertandingan sukan, acara sukan, ekonomi sukan, dan mempunyai ramai tenaga profesional dalam bidang pentadbiran sukan, perniagaan alat sukan, kajian sukan serta latihan sukan, selain itu, terdapat banyak badan pengkajian ilmu sukan Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China terletak di kawasan tersebut. Suasana sukan yang sungguh baik telah menyediakan sumber dan budaya sukan untuk Taman Sukan Longtan. Zhang Faqiang berkata,

"Pada tahun 1993, Beijing sudah mulai merancang membina satu kawasan sukan yang bertaraf tinggi. Sekarang, sukan dan kesihatan sudah menjadi keperluan rakyat China untuk meningkatkan mutu kehidupan. Selain itu, sukan juga merupakan sebahagian yang penting dalam rancangan pembangunan masyarakat kaya di China. Oleh sebab itu, cadangan membina Taman Sukan Longtan sudah dikemukakan.

Tembok batu buatan manusia yang terbesar di Asia telah dibina di Taman Longtan pada 2 tahun yang lalu, tembok itu sangat terkenal di Beijing dan merupakan bangunan mercu tanda Taman Sukan Longtan. Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China memperuntukkan sebanyak 3 juta Yuan RMB wang kebajikan penjualan loteri sukan untuk membina tembok tersebut dan Pusat Pentadbiran Acara Mendaki Gunung China pula bertanggungjawab membina tembok itu. Pada hujung minggu atau hari cuti, terdapat ramai remaja datang ke sini untuk memanjat tembok batu, suasananya sangat baik. Seorang pemuda yang sedang memanjat tembok batu itu berkata, "Beriadah dalam pemandangan yang indah merupakan hal yang sangat seronok, sambil menyedut udara segar dan menikmati pemandangan yang indah sambil beriadah, saya berasa sangat seronok."

Selain tembok batu tersebut, satu jalan riadah moden juga akan dibina pada tahun ini. Selain itu, pelbagai kemudahan riadah yang lain termasuk padang kriket untuk warga tua dan gelanggang permainan kasut roda untuk remaja akan mulai dibina. Akhirnya zon riadah yang mempunyai pelbagai acara sukan akan dibina.

Taman Sukan Longtan bukan hanya menyediakan kemudahan sukan sahaja, kemudahan pendidikan, budaya, sains dan teknologi, hiburan, restoran dan lain-lain juga akan disediakan. Taman itu akan menyediakan ruang hiburan yang baik untuk penduduk Beijing.

Guo Min dari Bahagian penerangan Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China menyatakan, ruang sukan yang mempunyai ciri-ciri taman merupakan salah satu keistimewaan Taman Sukan Longtan. Beliau berkata, "Taman Longtan boleh menjadi satu contoh kepada pelbagai tempat di China untuk membina kemudahan sukan. Taman sukan seperti itu berfaedah untuk penerokaan pasaran sukan, industri sukan serta penubuhan sistem perkhidmatan pelbagai jenis sukan."

Taman Sukan Longtan telah menyediakan satu jendela kepada orang asing mengetahui keadaan sukan massa di China sempena Sukan Olimpik Beijing 2008. Pada temasya Sukan Olimpik Beijing 2008, tetamu dari seluruh China dan dunia akan bertemu di Beijing, taman itu bukan sahaja boleh memperlihatkan aktiviti riadah penduduk Beijing, tetapi juga boleh menambah ceria suasana Sukan Olimpik.

Jabatan Pentadbiran Sukan Beijing sudah menyenaraikan pembinaan Taman Sukan Longtan dalam rancangan sukan Olimpik Beijing serta rancangan menjadikan Beijing sebagai bandar pusat sukan China.

Taman Sukan Longtan telah menjadi satu contoh untuk seluruh China, rakyat China boleh beriadah dalam pemandangan yang indah dengan seronok, dan itu boleh meningkatkan mutu kehidupan rakyat.

----Andika