Thailand merupakan rakan perdagangan yang penting kepada Provinsi Guangdong China antara negara-negara ASEAN, perdagangan antara kedua-dua pihak tersebut meningkat pesat dalam 10 tahun kebelakangan ini. Menurut statistik kastam China, jumlah perdagangan antara Guangdong dan Thailand mencapai 5.11 bilion Dolar Amerika pada tahun 2003, meningkat 12.3 kali ganda berbanding tahun 1993. Thailand telah menjadi rakan perdagangan ke-3 terbesar kepada Provinsi Guangdong dalam negara anggota ASEAN.
China dan Thailand pada 18 Jun 2003 telah menandatangani "Perjanjian Mempercepat Pengurangan Tarif PRC-Thailand dengan Cadangan 'Penghasilan Awal' Perjanjian Rangka Kerjasama Ekonomi Menyeluruh China-ASEAN". Perjanjian tersebut dikuatkuasakan sejak 1 Oktober 2003, perdagangan antara Guangdong-Thailand memasuki tempoh perkembangan pesat, hubungan perdagangan antara kedua-dua pihak tersebut semakin erat. Menurut kastam China, dalam suku tahun pertama tahun ini, jumlah perdagangan antara provinsi Guangdong dan Thailand mencapai 1.48 bilion Dolar Amerika, meningkat 34.5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jumlah eksport Guangdong ke Thailand mencapai 330 juta Dolar Amerika, meningkat 21.8% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, jumlah import Guangdong dari Thailand mencapai 1.15 bilion Dolar Amerika, meningkat 38.7%.
Perdagangan antara Guangdong-Thailand pada suku tahun pertama tahun ini mempunyai ciri-ciri berikut,
Pertama, setelah "Perjanjian Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan China-Thailand" berkuatkuasakan, jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak tersebut meningkat besar-besaran. Provinsi Guangdong mengimport buah-buahan dari Thailand sebanyak 37 ribu tan, nilainya mencapai 27.27 juta Dolar Amerika, masing-masing meningkat 1.2 dan 1.6 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Guangdong mengeksport 4550 tan buah-buahan dan 3628 tan sayur-sayuran kepada Thailand, meningkat 3.1 dan 3.3 kali ganda daripada tempoh yang sama tahun lalu, jumlahnya masing-masing mencapai 2.07 juta dan 1.31 juta Dolar Amerika, meningkat 1.7 dan 2.1 kali ganda daripada tempoh yang sama tahun lalu. Perjanjian tarif yang saling menguntungkan China-Thailand telah menyediakan peluang yang baik untuk perdagangan Guangdong-Thailand. Seiring dengan pelaksanaan perjanjian tersebut secara berterusan, jumlah perdagangan buah-buahan dan sayur-sayuran antara kedua-dua pihak akan terus meningkat.
Jurang perbezaan jumlah import-eksport Guangdong-Thailand terus meningkat. Pada suku tahun pertama tahun ini, jumlah jurang perbezaan import-eksport mencapai 820 juta Dolar Amerika, meningkat 260 juta Dolar Amerika berbanding 560 juta Dolar Amerika pada tempoh yang sama tahun lalu. Jumlah import Guangdong meningkat 38.7%, lebih tinggi 19.9% berbanding jumlah eksport.
Guangdong terutamanya mengeksport mesin dan barangan elektrik kepada Thailand, pada suku tahun pertama tahun ini, jumlahnya mencapai 270 juta Dolar Amerika, menempati 81.6% dalam jumlah eksport Guangdong ke Thailand. Pada tempoh yang sama, jumlah import mesin dan barang elektrik Guangdong dari Thailand mencapai 600 juta Dolar Amerika, meningkat 53.1%. Jurang perbezaan perdagangan mesin antara Guangdong dan Thailand telah mencapai 330 juta Dolar Amerika. Barangan mesin dan barangan elektrik mempunyai kelebihan dalam eksport Guangdong dan jumlah eksportnya mencapai 24.96 bilion Dolar Amerika pada suku tahun pertama tahun ini, meningkat 27% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, tetapi jumlah eksport ke Thailand hanya meningkat 18.1% dan masih mempunyai potensi.
Kebanyakan barang eksport dari Guangdong ke Thailand meningkat, bahan mentah import dari Thailand ke Guangdong juga meningkat. Jumlah eksport benang, tenunan, pakaian, barangan plastik serta alat permainan dari Guangdong ke Thailand masing-masing melebihi 2 juta Dolar Amerika. Jumlah import beras, kayu, minyak, bahan plastik serta kertas dari Thailand ke Guangdong juga meningkat.
Pengurangan cukai dalam rancangan "penghasilan awal" antara China dan negara-negara ASEAN sudah dimulakan pada 1 Januari tahun ini. Cukai terhadap lebih 500 komoditi akan diturunkan, kebanyakan komoditi tersebut ialah hasil pertanian, sehingga tahun 2006, akan mencapai bebas tarif. Pakar menyatakan, penurunan tarif akan memudahkan kemasukan hasil pertanian dari ASEAN ke Guangdong, di samping itu, jumlah eksport hasil pertanian Guangdong juga akan ditingkatkan. Guangdong akan berdasarkan kepentingan bersama-sama dengan ASEAN mengambil tindakan yang positif untuk meningkatkan jumlah eksport hasil pertaniannya. Hubungan ekonomi dan perdagangan China-ASEAN akan lebih erat lagi.
----Andika
|