Wartawan CRI melaporkan bahawa Seminar ke-2 Peringkat Tinggi Kerjasama Badan Media China-ASEAN diadakan di Nanning China hari ini. Petugas dan pegawai badan media China dan 10 negara anggota ASEAN telah menyertai seminar itu.
Topik utama seminar kali ini adalah " kerjasama badan media selaras dengan perkembangan zon perdagangan bebas China-ASEAN", para peserta menganggap, dalam proses kerjasama China-ASEAN badan media kedua-dua pihak mesti meningkatkan kerjasama. Penubuhan zon perdagangan bebas China-ASEAN pada waktu yang ditetapkan lebih bergantung kepada pertukaran maklumat antara badan media China dan pelbagai negara ASEAN.
|