Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-27 14:00:48    
Kontinjen Terjun Junam China Mencapai Kejayaan

Agensi Berita Xinhua China

Kontinjen terjun junam China memenangi dengan senang pingat emas kelima dalam Sukan Olimpik Athens semalam, manakala kontinjen bola tampar wanita dan olahragawan Liu Xiang melayakan diri ke pertandingan akhir dengan lancar. Yang menggembirakan ialah, kontinjen Taibei China juga memperoleh dua pingat emas dalam pertandingan taekwondo Sukan Olimpik kali ini.

Guo Jingjing dan Wu Minxia bertanding dengan sempurna dalam Sukan Olimpik kali ini, mereka bukan sahaja menggondol johan pertandingan beregu papan anjal 3 meter wanita, tetapi juga mereka menggondol johan dan naib johan dalam pertandingan perseorangan semalam. Tindakan Guo Jingjing kurang sempurna pada pertandingan saringan, akan tetapi aksinya memulihkan normal pada pertandingan separuh akhir. Dalam pertandingan akhir, aksinya amat sempurna.

Setelah memenangi satu pingat emas dan satu pingat perak dalam pertandingan junam, kontinjen China menduduki tempat kedua dalam senarai pingat emas Sukan Olimpik kali ini dengan 25 pingat emas, 17 pingat perak dan 12 pingat gangsa. Manakala kontinjen A.S. telah memenangi 28 pingat emas setelah memperoleh 3 pingat emas semalam.

Di samping itu, kontinjen Taibei China juga memperoleh dua pingat enam semalam dan amat menggembirakan kerana sebelum itu, olahragawan Taibei China tidak pernah memperoleh pingat emas dalam Sukan Olimpik.

Kedua-dua pingat emas itu diperoleh dari pertandingan taekwondo. Chen Shixin menggondol johan dalam pertandingan kategori 49 kilogram wanita dan Zhu Muyan memenang dalam pertandingan akhir kategori 58 kilogram lelaki. Chen Shixin dengan terharu menyatakan, "Pertukaran sukan kedua-dua pantai Selat Taiwan menyediakan bantuan kepada saya, pingat emas ini tergolong kepada saudara setanah air China."

Sebanyak 15 pingat emas dipertandingkan dalam Sukan Olimpik semalam. Walaupun hasil yang diperoleh kontinjen China kurang banyak, akan tetapi kontinjen bola tampar wanita China mencapai kemenangan penting dalam pertandingan separuh akhir. Dalam pertandingan separuh akhir, pasukan China menewaskan pasukan Cuba dengan 3:2. Sebelum itu, olahragawan China Liu Xiang melayakan diri ke pertandingan akhir 110 meter lompat pagar.

Pasukan bola keranjang lelaki China gagal mencapai kemenangan, pasukan China ditewaskan oleh pasukan Lithaunia dengan 75:95, dan tidak melayakan diri ke pertandingan suku akhir. Yang mengesalkan ialah pasukan hoki wanita China mengalami kegagalan pada saat terakhir dalam pertandingan untuk merebut pemenang ketiga dan ditewaskan oleh pasukan Argentina dengan 0:1.

----Ching