Kerajaan China mengubahsuai dan meningkatkan pertanian tradisional dengan menggunakan teknologi maklumat. Modenisasi pertanian telah diwujudkan di banyak tempat. Komputer, perisian dan internet tidak asing bagi kaum petani.
Seramai lebih 100 wakil yang menyertai Sidang Kebangsaan Pertukaran Penggunaan Teknologi Maklumat Pertanian China telah mengadakan pertukaran tentang penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pertanian di bandar Alar di bahagian selatan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang baru-baru ini.
Kerajaan China mengemukakan maklumat digunakan dalam bidang pertanian pada 10 tahun lalu dan berpendapat teknologi maklumat bermanfaat bagi mewujudkan modenisasi pertanian. Menurut pakar berkaitan, pertanian moden merupakan pertanian sains dan teknologi. Penggunaan teknologi maklumat menjadi daya dorongan baru untuk menyempurnakan kemudahan sumber alam, memajukan pertanian tradisional dan meningkatkan daya pengeluaran.
Pada tahun 1995, Kementerian Pertanian mengemukakan "Projek Pertanian" yang bertujuan pertanian dibangunkan dengan menggunakan maklumat. Pusat data-data asas pertanian peringkat negara, sistem penggunaan ketetapan dan perkhidmatan kawalan makro seperti pemeriksaan pertanian dan ramalan telah dibentuk dan disempurnakan dalam tempoh 5 tahun, dan memainkan peranan penting untuk mengembangkan pertanian.
Projek Contoh Penggunaan Teknologi Maklumat Pertanian Komputer telah dilaksanakan oleh Kementerian Sains dan Teknologi China pada tahun 1996 di bandar Beijing, Provinsi Yunnan, Anhui dan Jilin. Sebanyak kira-kira 200 sistem pakar yang bercirikan pertanian tempatan dan sebanyak 23 zon contoh penggunaan teknologi telah dibentuk di lebih 800 kaunti China. Selain itu, zon contoh penggunaan teknologi maklumat juga dibentuk di 14 provinsi dan bandar di kawasan bahagian barat China yang syarat pengeluaran pertanian kurang sempurna.
Dewan Negara China menjadikan perkembangan telekomunikasi di desan menjadi salah satu kerja penting pada tahun ini. Dalam Sidang Kebangsaan Maklumat Pertanian China yang diadakan di bandar Shi Jiazhuang Provinsi Hebei pada penghujung bulan Mei tahun ini ditetapkan 5 sistem perkhidmatan maklumat pengesanan dan ramalan pertanian dibentuk di seluruh negara, agar kerajaan pelbagai peringkat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada kaum tani, pertanian dan penduduk awam.
----ching
|