Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-30 14:01:26    
Industri Kampung China akan Disusun Semula

Agensi Berita Xinhua China

Semasa diwawancara oleh wartawan baru-baru ini, Naib Ketua Pengarah Jabatan Industri kampung Kementerian Pertanian China Encik Lu Yongjun menyatakan, pada masa ini, perkembangan industri kampung di China amat penting, struktur industri dan struktur hasil keluarannya akan disusun semula agar bersesuaian dengan ekonomi pasaran.

Demikian dinyatakan oleh Encik Lu Yongjun semasa Ekspo Kebangsaan Ekonomi dan Perdagangan Kerjasama antara Bahagian Timur dan Barat Industri kampung China yang diadakan di Jiuquan Provinsi Gansu baru-baru ini.

Menurut beliau, industri kampung di China tidak teratur. Industri itu mulai berkembang pada penghujung tahun 1950-an dan awalan tahun 1960-an. Pada masa itu, industrinya cuma merupakan industri sampingan pertanian. Perkembangan industri tersebut amat lembab kerana isu sejarah pada tahun 1960-an dan tahun 1970-an. Setelah dasar pembaharuan dan buka pintu diamalkan di China. Perkembangan industri kampung di China berkembang pesat pada tahun 1992 hingga 1997. Tetapi perkembangannya lembab pada tahun berikut. Akan tetapi, sejak tahun ini, pertubuhan ekonomi industri kampung berkembang semula.

"Penyusunan semula pada tahap yang besar sewajarnya dilaksanakan terhadap struktur industri kampung". Menurut analsis Encik Lu Yongjun, berbanding dengan tahun 1980-an, perkembangan industri kampung lebih lembab pada masa ini. Pada tahun 1980-an, dua faktor penting yang mendorong perkembangan industri kampung ialah pertama, permintaan pasaran pembelian adalah tinggi dan kedua pada ketika itu, bank bersaing memberi pinjaman wang kepada perusahaan. Manakala pada masa ini, permintaan pasaran lembab, bank berhati-hati mengeluarkan pinjaman kepada perusahaan. Perubahan tersebut melibatkan struktur industri dan struktur hasil keluarannya yang bersesuaian dengan permintaan pasaran, di samping itu, struktur hak milik, cara kawalan dan kemudahan teknologi perusahaan juga disusun semula.

Encik Lu Yongjun berpendapat, industri kampung harus berkembang dengan melaksanakan sistem berbentuk saham dan ekonomi swasta milik perseorangan. Beliau berkata, walaupun 95% sistem industri kampung China telah diubah, akan tetapi, perubahan itu melibatkan sistem tanggungjawab berkontrak dan sistem penyewaan. Perubahan kedua-dua sistem tersebut cuma mengubah cara urus niaga, manakala sistem perusahaan moden yang bercirikan hak milik, hak tanggungjawab, pentadbiran dan perusahaan belum dibentuk. Arah perkembangan industri kampung di China ialah membentuk sistem saham yang hak milik mutlak dan hak urus niaga yang bebas dan berdaya saing, agar ekonomi swasta bersesuaian dengan permintaan ekonomi pasaran.

Berdasarkan maklumat, pada tahun 2003, nilai tambahan industri kampung di China berjumlah 3668.6 bilion Yuan RMB, menempati 31.4% keluaran dalam negara kasar dan menjadi bahagian penting ekonomi nasional; menerima 136 juta tenaga kerja lebihan yang menduduki hampir 27.8% jumlah tenaga kerja dari desa.

----Ching