Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-30 13:51:11    
Kawalan Pasir secara Sains dan Teknologi Memperbaiki Ekologi Alam Sekitar Padang Rumput Hunshandak Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China

CRI

Padang rumput Hunshandak terletak di bahagian tenggara Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China, merupakan salah satu padang rumput yang berdekatan dengan bandar Beijing. Pada tiga dan empat tahun yang lalu, padang rumput itu penuh dengan pasir kerana kekurangan tumbuh-tumbuhan. Akan tetapi, melalui usaha yang dijalankan, pasir telah dapat dikawal, padang rumput dipulihkan dan pokok tumbuh membesar di beberapa tempat pada masa ini.

Encik Zhang Chengxiang tinggal di padang rumput itu sejak puluhan tahun. Beliau menyaksikan padang rumput itu menjadi padang pasir tetapi kemudian rumput tumbuh semula.

"Pada tahun 2000 dan 2001, rabung bukit penuh dengan pasir kerana pasir bergerak setiap tahun. Setelah projek kawalan penggunaan sains dan teknologi dilaksanakan, tumbuh-tumbuhan telah dipulihkan dalam tempoh tiga tahun."

Pemulihan padang rumput Hunshandak mendapat manfaat hasil projek kawalan punca angin dan pasir yang dilaksanakan oleh kerajaan China. Setelah beberapa tahun yang lalu, padang rumput Hunshandak menjadi padang pasir. Apabila tibanya musim bunga, ribut pasir akan berlaku dan menjejaskan ekologi alam sekitar di kawasan sekitarnya. Adakalanya, angin dan pasir itu bertiup ke bandar Beijing dan bandar Tianjin, bandar yang tidak jauh dari Beijing. Untuk mengatasi keadaan itu, projek kawalan punca angin dan pasir Beijing-Tianjin telah dilaksanakan. Pada masa ini, projek itu memulihkan penanaman semula tumbuh-tumbuhan di padang pasir seluas 50 ribu kilometer persegi di bahagian utara China termasuk padang rumput Hunshandak.

Dalam proses penanaman semula tumbuh-tumbuhan, pelbagai badan termasuk Jabatan Pentadbiran Perhutanan Negara China, Univerisiti Pertanian China dan Institut Kejuruteraan China bersama-sama melaksanakan penggunaan sains dan teknologi maju untuk mengesan lebih awal tentang padang pasir. Profesor Wang Tao di Institut Kejuruteraan China menyatakan,

"Projek mengesan padang pasir ini dimulakan pada tahun 1995. Pelaksanaannya menggunakan kaedah sains dan teknologi tinggi seperti kawalan jauh, sistem maklumat geografi dan sistem kedudukan sejagat (GPS). Pada masa ini, mengesan pasir telah dua kali berjaya dilaksanakan dan telah menyediakan data penting dan tepat bagi kami mengawal pasir."

Setelah melaksanakan mengesan padang pasir, mengetahui keadaan taburan dan perubahan pasir, ahli penyelidik China mulai mencari cara mengawal pasir tersebut. Profesor Wang Tao di Institut Kejuruteraan China menyatakan,

"Pada masa dahulu, kami mengawal pasir menggunakan kaedah biologi atau menggabungkan tindakan biologi dengan perlindungan mesin. Sekarang, kami mengkaji untuk mengawal pasir dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan alga dan lumut di permukaan pasir dan bahan kawalan pasir."

Walaupun kejayaan telah dicapai dapat mengawal pasir menggunakan kaedah sains dan teknologi di China, akan tetapi profesor Institut Perhutanan Univeristi Pertanian China Encik Zhao Sheng berpendapat,

"Kerajaan China harus menubuhkan pusat contoh kawalan pasir secara sains dan teknologi di kawasan padang pasir, memperkenalkan cara penanaman semula, menyediakan sokongan dalam bidang dasar dan peruntukkan, meningkatkan taraf sains dan teknologi kawalan pasir."

----Ching