Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-30 11:03:01    
Ekonomi Hong Kong Akan Terus Berkembang Baik

Agensi Berita Xinhua China

Menurur Agensi Berita Xinhua China, sempena Tanah Besar China akan melaksanakan dasar tanpa tarif terhadap barangan buatan Hong Kong rombongan ke-2 dan memperluas pembukaan dalam sektor perdagangan dan perkhidmatan, data ekonomi suku tahun ke-2 yang diumumkan oleh kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong baru-baru ini menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Tokoh yang berkenaan di Hong Kong menyatakan bahawa ekonomi Hong Kong akan terus berkembang baik.

Walapun ekonomi Hong Kong dilanda wabak SARS pada tahun lalu, tetapi kadar peningkatan ekonomi mencapai 12.1% pada suku tahun ke-2 tahun ini.

Pada tahun yang lalu, Hong Kong menyediakan 100 ribu peluang pekerja, antaranya kebanyakan dalam sektor industeri perdagangan, pelancongan, makanan dan minuman dan perkhidmatan. Indeks Hang Seng meningkat 50% pada tahun lalu. Setiausaha Kewangan kerajaan Hong Kong Henry Tang Ying-yen berkata: "Pertumbuhan ekonomi Hong Kong yang pesat merupakan kejayaan rakyat Hong Kong dengan berusaha bersama, dan juga bergantung kepada hubungan ekonomi dan perdagangan yang lebih erat dengan Tanah Besar China."

Penggunaan individu Hong Kong meningkat 11% pada suku tahun ke-2 tahun ini dan merupakan peningkatan yang paling pesat pada 13 tahun yang lalu. Di samping itu, pelaburan swasta di Hong Kong juga meningkat 13%.

Disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi Hong Kong pada separuh tahun pertama tahun ini lebih baik daripada jangkaan asal , maka kerajaan Hong Kong meningkatakan jangkaan pertumbuhan ekonomi kepada 7.5%. Penasihat ekonomi kerajaan Hong Kong Mao Yili menyatakan bahawa dengan dorongan eksport dan penggunaan tempatan, matlamat tersebut dipercayai boleh dicapai.