|
China mula menubuhkan sistem bantuan perundangan pada tahun 1994. Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, jaringan badan bantuan perundangan dan struktur seluruh masyarakat telah ditubuhkan di China.
Bantuan perundangan yang diamalkan di pelbagai negara di dunia merupakan sistem yang memberi bantuan perundangan secara percuma kepada orang kurang kemampuan dalam masyarakat. Dalam sidang memperingati ulang tahun ke-10 penubuhan sistem bantuan perundangan China yang diadakan di Beijing semalam, Menteri Kehakiman China Zhang Fusen menyatakan, sistem bantuan perundangan yang bercirikan China sendiri telah menjadi komponen utama sistem perundangan sosialisme China. Beliau berkata: " Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, selaras dengan perkembangan sistem demokrasi dan perundangan China, sistem bantuan perundangan semakin disempurnakan. Sistem bantuan perundangan tersebut memberi sumbangna besar untuk menjamin kepentingan yang sah mereka yang kurang kemampuan, menyempurnakan sistem perundangan, mewujudkan keadilan kehakiman dan memelihara kestabilan masyarakat."
Wartawan dimaklumkan dari sidang tersebut bahawa, setakat Jun tahun ini, sebanyak 2900 badan bantuan perundanngan telah ditubuhkan di pelabgai tempat di China dan seramai hampir 10 ribu orang pekerja. Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, seramai 120 ribu orang peguam serta lebih ramai sukarelawan sektor perundangan telah menyertai dengan aktif usaha memberi bantuan perundangan dan menyelesaikan sebanyak lebih 800 ribu kes, seramai lebih 1.3 juta orang mendapat bantuan perundangan tersebut.
Profesor Universiti Politik dan Undang-undang China Chen Guangzhong berpendapat sistem bantuan perundangan merupakan tanggungjawab negara untuk mewujudkan keadilan kehakiman dan menjamin hak asas penduduk China. Sistem bantuan perundangan China masih berada pada peringkat awal, sekarang kerajaan pelbagai peringkat China harus mengambil tindakan yang lebih berkesan untuk menyempurnakan sistem bantuan perundangan China.
|