Wartawan Agensi Berita Xinhua China melaporkan, sejak perang Iraq berlaku, harga minyak di dunia meningkat secara berterusan harga minyak naik lebih tinggi pada Ogos tahun ini dan merupakan tempah kenaikan harga minyak yang paling panjang sejak tahun 1979.
Perangkaan tahunan yang terbaru OPEC pada minggu lalu memaklumkan bahawa jumlah pelaburan yang diperuntukkan oleh negara anggota OPEC untuk meningkatkan kemampuan pengambilan minyak pada tahun 2003 telah dikurangkan; jumlah telaga minyak yang baru berkurang 6.5% berbanding tahun 2002, antaranya jumlah itu di Kuwait, Venezuila, Qatar, Nigeria dan Iran dikurangkan yang melebihi 10%.
Jumlah pembekalan minyak OPEC yang besar dalam jangka masa panjang telah memainkan peranan yang besar dalam bidang menstabilkan harga minyak. Pembekalan minyak negara bukan OPEC sukar menenuhi keperluan minyak yang meningkat berterusan, maka OPEC tetap merupakan pembekal minyak mentah yang penting .
Agensi sumber tenaga antarabangsa berharap jumlah keluaran harian minyak dari negara-negara OPEC kecuali Iraq dan Venezuila meningkat 2 juta 100 ribu tong. Tetapi setakat ini, negara-negara tersebut masih belum berusaha untuk ini.
Dalam proses kenaikan harga minyak kali ini, keluaran dari negara negara eksport minyak utama sekar meningkat lagi, masalah peningkatan kemampuan eksport yang terbatas semakin lama makin menonjol. Memandang masa hadapan, pelbagai negara sepatutnya bersiap untuk menghadapi ketibaan zaman harga minyak yang lebih mahal. Tindakan penting yang harus dilaksanakan untuk menghadapi masalah ini ialah meningkatkan pelaburan pencarigalian dan penerokaan lombong minyak yang baru dan memperluas jumlah pengeluarannya. OPEC seharusnya memikul tanggungjawab utama dalam bidang ini.
-
|