Pada pertengahan bulan Ogos tahun ini, ramai pegawai kanan kerajaan dari belasan buah negara Afrika, antaranya Angola, Mesir, Sudan dan lain-lain telah datang ke China untuk menyertai kursus latihan penerangan untuk pegawai kerajaan negara-negara Afrika kali pertama yang berlarutan selama dua minggu.
Kursus latihan ini adalah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China, ini merupakan salah satu tindakan untuk melaksanakan rancangan Seminar Kerjasama China-Afrika. Tujuannya adalah untuk menyediakan peluang mengenal media masa China dan keadaan negara China secara meluas bagi pegawai penerangan negra-negra Afrika tersebut, mengintensifkan persefahaman secara berterusan negara Afrika terhadap China dan meningkatkan persahabatan dan kerjasama antara China dan Afrika.
Sahabat Afrika juga mengadakan pengkajian dan penyelidikan di Chongqing dan Shanghai selain Beijing. Mereka mendapat sambutan dari Wang Hongju, datuk bandar Chongqing dan Han Zheng, datuk bandar Shanghai.
Dalam tempoh pengkajian dan penyelidikan tersebut, pegawai dari Jabatan Penerangan Dewan Negara China dan Kementerian Luar China secara berasingan membuat perkenalan tentang keadaan China, pembangunan dan sejarah tentang penerangan China dan hubungan antara China dan Afrika.
Sahabat Afrika melawat Agensi Berita Xinhua China, Majalah Mingguan Beijing, CRI dan CCTV. Baik pegawai penerangan China, mahupun sahabat Afrika telah menyampaikan hasrat bekerjasama. Kedua-dua pihak berpendapat bahawa mengintensifkan kerjasama dalam bidang penerangan merupakan kompenen yang penting antara kerjasama China dan Afrika.
Mereka berharap dapat belajar pengalaman yang berharga dalam bidang pembangunan ekonomi dan sosial China. Mereka yakin bahawa negara–negara Afrika yang tergolong dalam dunia ketiga pasti akan mendapat banyak faedah daripada pengalaman pembangunan dan kejayaan China.
Upacara penutupan khursus latihan itu telah diadakan di Shanghai pada 27 Ogos.
|