Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-08-31 10:14:06    
Jalan Raya Cipta Sejarah Baru "Bumbung Dunia"

Agensi Berita Xinhua China

Jalan Raya Qinghai-Tibet dan Jalan Raya Sichuan-Tibet yang dibina pada 50 tahun yang lalu telah membuka lembaran baru sejarah Wilayah Autonomi Etnik Tibet China yang diumpamakan sebagai "Bumbung Dunia."

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Wilayah Autonomi Etnik Tibet China, Jiacuo memperkenalkan, kini Tibet mempunyai panjangnya jalan raya yang sepanjang 41,302 kilometer, 90% mukim dan pekan di Tibet telah dibuka kepada lalu lintas.

Pada tahun 1954, tidak terdapat jalan raya di Tibet selain sebatang jalan di bandar Lahsa. Banyak jalan raya telah dibina dan jalan lama pula dibina semula menjadi jalan raya yang baru dalam tempoh 50 tahun yang lalu di Tibet. Penumpang dan komoditi serta lain-lainnya telah diangkut ke pelbagai tempat di Tibet.

Kini, terdapat 4 jalan raya yang menghubungi Tibet dengan pelbagai provinsi yang lain di China, selain itu, terdapat juga sebatang jalan raya antarabangsa yang menuju ke Kathmandu, ibu negara Nepal.

Pelaburan yang diperuntukkan dalam pembinaan jalan raya di Tibet menduduki lebih 30% daripada semua pelaburan aset tetap di Tibet pada tahun yang lalu.

Selain itu, "Projek Tongda" yang bertujuan membina jalan raya di kawasan desa di Tibet telah berjaya meningkat pendapatan kaum petani Tibet. Dimaklumkan bahawa Jabatan Komunikasi Wilayah Autonomi Etnik Tibet memperuntukkan sebanyak 912 juta Yuan RMB ke dalam "Projek Tongda" tersebut dan membina jalan raya sepanjang lebih 2000 kilometer di kawasan desa Tibet.

Jaringan jalan raya yang semakin disempurnakan di Tibet telah menyediakan peluang yang baik kepada industri pelancongan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, ramai pelancong dalam dan luar negara melancong ke Tibet dengan cara memandu kereta sendiri.

Menurut Jiacuo, pada tahun 2005, panjangnya jalan raya di Tibet akan mencapai 45 ribu kilometer. Pada masa itu, jaringan jalan raya di Tibet akan memainkan peranan yang lebih besar untuk menigkatkan pembangunan sosioekonomi di Tibet.