Menurut Agensi Berita Xinhua China, selepas pilihan raya Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Makau ditamatkan pada 29 Ogos, tokoh-tokoh pelbagai lapisan masyarakat Makau masing-masing mengeluarkan kenyataan bahawa mereka berkeyakinan penuh terhadap masa depan Makau. Di samping itu, mereka juga mengluarkan beberapa cadangan tentang pelaksanaan pentadbiran kepada kerajaan.
Pengerusi Majlis Perundangan Cao Qizhen semasa diwawancara menyatakan bahawa Ho Hau-wah dapat menyandang lagi jawatan Ketua Eksekutif menunjukkan pengikhtirafan rakyat Makau terhadap usaha kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Makau pada lima tahun yang lalu. Beliau menyatakan kerajaan pimpinan Ho Hau-wah berkeyakinan melaksanakan dasar "Satu Negara Dua Sistem", "Orang Makau Mentadir Makau" dan "Pentadbiran Autonomi" dengan lebih baik.
Ahli Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China He Yicheng memberitahu wartawan bahawa dalam tempoh pilihan raya tersebut yang selama dua minggu, Ho Hau-wah merapatkan hubungannya dengan penduduk pelbagai lapisan masyarakat dan menyedari masalah yang wujud pada masa ini. Ini akan memanfaatkan kerajaan baru agar menggubah dasar pembangunan yang lebih selaras dengan keadaan Makau. Makau bukan sahaja harus membangunkan industri tradisional seperti perjudian dan pelancongan, tetapi juga harus melaksanakan dasar ekonomi majmuk supaya pelbagai industri berkembang dengan seimbang. Beliau yakin kerajaan baru akan melaksanakan dasar pendidikan, kebudayaan, kehidupan rakyat dan lain-lain dengan baik, lapisan pelbagai masyarakat Makau akan tetap menyokong usaha kerajaan.
Ketua Persatuan Ekonomi Makau Liu Liben menyatakan ikhtisar pentadbiran Ho Hau-wah dalam pilihan raya kali ini menunjukkan bahawa kerajaan telah menggubah cadangan pembangunan dalam tempoh panjang dan sederhana, antaranya cadangan tentang meningkatkan taraf kehidupan rakyat mendapat sokongan penduduk Makau.
|