Menurut laporan Agensi Berita Xinhua China, kerajaan China akan menggalakkan bank perdagangan memberi wang pinjaman kepada lebih ramai mahasiswa yang miaskin di China untuk membayar yuran sekolah.
Pegawai dari Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan, Bank Rakyat China serta Suruhanjaya Penyeliasan dan Kawalan Industri Perbankan China telah bersama-sama mengadakan sidang akhbar semalam untuk memberi makluman tentang perkara itu.
Penolong Menteri Kewangan China, Zhao Shaochun dalam sidang akhbar itu berkata, bank perdagangan China telah memberikan wang pinjaman sebanyak 5 bilion 200 juta Yuan Renminbi kepada mahasiswa yang miskin dalam tempoh 4 tahun yang lalu, jumlah itu hanya mencapai separuh sahaja daripada matlamat yang ditetapkan oleh kerajaan. Di samping itu, Naib Menteri Pendidikan China, Zhang Baoqing menyatakan bahawa terdapat mahasiswa yang miskin terpaksa menghentikan pembelajaran di univerisiti kerena tidak mampu membayar yuran sekolah. Kini, mahasiswa yang menghadapi masalah kekurangan duit di universiti China berjumlah 2 juta 400 ribu orang, jumlah itu kira-kira seperlima daripada semua mahasiswa di China. Antaranya hanya 830 ribu orang mahasiswa sahaja memperoleh wang pinjaman yang diberikan oleh bank-bank di China dalam tempoh 4 tahun yang lalu. Perkara itu diberi perhatian yang serius oleh kerajaan China. Menurut Zhang Baoqing, dasar negara yang berkaitan perlu diubahsuai dan disempurnakan untuk mengatasi masalah itu.
Naib Gabenor Bank Rakyat China, Wu Xiaoling berkata, sistem kepercayaan sosial yang kurang sempurna sebelum itu menyebabkan urusan pinjaman wang kepada mahasiswa sukar untuk dilaksanakan. Bank-bank yang berkenaan menghadapi risiko yang tinggi akibat ada mahasiwa tidak membayar balik pinjaman dan faedah selepas mereka lulus dari universiti. Selain itu, hubungan penyelarasan antara bank dan universiti juga perlu ditingkatkan.
Kini, ketetapan baru yang dikemukakan oleh Dewan Negara China telah membuat pindaan terhadap dasar meminjam wang kepada mahasiswa. Berdasarkan ketetapan itu, faedah pinjaman semasa mahasiswa belajar di universiti dibayar oleh kerajaan, dan mereka boleh membayar pinjaman bermula satu atau dua tahun selepas tamat dari universiti. Selain itu, kerajaan akan menubuhkan tabung risiko untuk membayar menampung bank berkenaan.
|