Pengenalan tentang Encik Zhou Gang
Zhou Gang dilahirkan di provinsi Jiangsu dan merupakkan graduan Institut Perhubungan Antarabangsa Moscow pada tahun 1961. Beliau berkhidmat di Kementerian Luar China pada tahun 1962 dan pernah dilantik sebagai Duta Besar China di Malaysia, Pakistan, Indonesia dan India.
Encik Zhou Gang, bekas duta besar China ke Malaysia
Wawancara wartawan kami dengan encik Zhou Gang Gang diadakan di rumah beliau yang terletak di bahagian tenggara bandar Beijing pada pukul lapan pagi 30 Ogos. Encik Zhou Gang Gang yang sudah berumur 65 tahun sangat sihat. Walaupun sudah bersara, tetapi beliau masih sibuk bekerja dalam pelbagai pertubuhan persahabatan kalangan rakyat China bagi menyumbang kepada perkembangan hubungan China dengan luar negara.
Encik Zhou Gang menyerahkan watikah sebagai duta besar China ke India.
Encik Zhou Gang bergambar bersama-sama bekas Presiden China, Jiang Zemin
Wartawan CRI: Apa khabar encik Zhou Gang. Saya berasa amat gembira wawancara encik Zhou Gang. 31 Ogos ialah Hari Kebangsaan Malaysia. Saya difahamkan bahawa encik pernah dilantik sebagai Duta Besar China di Malaysia. Pada kesempatan ini, kami memohon encik Zhou mengucapkan sepatah dua kata kepada rakyat Malaysia melalui siaran bahasa Melayu CRI.
Zhou Gang: Sempena Hari Kebangsaan Malaysia, sebagai bekas Duta Besar China di Malaysia saya mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia, semoga rakyat Malaysia terus mencapai kemajuan besar dalam pembangunan negara.
Wartawan CRI: Terima kasih encik Zhou Gang. Bolehkah encik menceritakan pengalaman encik sebagai Duta Besar China di Malaysia? Adakah peristiwa besar berlaku antara China dengan Malaysia?
Zhou Gang:Saya tiba di Malaysia pada Julai 1988 dan kembali ke China pada April 1991. Tempoh perkhidmatan saya di Malaysia selama dua tahun sembilan bulan. Dalam tempoh tersebut, hubungan China dengan Malaysia mengalami perubahan yang ketara dan lawatan pemimpin kedua-dua negara juga diadakan. Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada masa itu telah melakukan lawatan ke China dan menyaksikan temasya Sukan Asia di Beijing. Manakala, bekas Perdana Menteri China Li Peng juga mengadakan lawatan ke Malaysia dalam tempoh tersebut. Selain itu, dengan mempertimbangkan perkembangan hubungan Malaysia dengan China untuk jangka masa panjang, kerajaan Malaysia memutuskan membatalkan larangan warganya melawat ke China juga merupakan satu peristiwa yang penting dalam hubungan kedua-dua negara. Semasa saya tiba di Malaysia, peraturan Malaysia tentang permohonan melawat ke China sangat ketat. Misalnya, pada masa itu, jika orang Cina Malaysia ingin melawat sanak saudara mereka di China, permohonan mereka mesti memenuhi dua syarat iaitu berumur 60 tahun atau lebih dan menyerahkan bukti mempunyai hubungan dengan sanak saudara mereka di China. Tambahan pula, jika perjalanan pemohon diluluskan, orang itu mesti bertolak ke China secara berkumpulan dan kumpulan itu terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang. Jadi, semasa saya mengunjungi Tun Ghafar Baba, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, saya telah menyampaikan hasrat saya bahawa beliau boleh memainkan peranan yang aktif untuk mendorong kerajaan Malaysia membatalkan larangan itu. Saya bergurau dengan beliau bahawa anggota kumpulan lawatan ke China mesti berumur 60 tahun atau lebih dan lawatan seterusnya mereka ke China mesti diadakan lima tahun kemudian telah menempatkan satu jurang yang dalam antara rakyat kedua-dua negara. Tidak lama selepas kunjungan itu, larangan tersebut dibatalkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1990.
Wartawan CRI:: Saya ingin tahu adakah encik pernah melawat ke Malaysia lagi selepas tamat tempoh perkhidmatan di negara itu?
Zhou Gang:Ya, saya pernah melawat ke Malaysia sekali lagi sebagai Duta Besar China ke India pada tahun 2000.
Wartawan CRI:: Jadi, bolehkah encik ceritakan pengalaman ke Malaysia pada tahun 2000 dan adakah Malaysia berubah berbanding masa encik bertugas di Malaysia?
Zhou Gang: Boleh. Walaupun saya ke Malaysia hanya beberapa hari, tetapi pembangunan Malaysia telah memberi kesan yang mendalam kepada saya. Pertama, pembinaan Lapangan Terbang KLIA sangat moden dan dapat memangkin industri pelancongan Malaysia walaupun puluhan tahun yang akan datang. Selain itu, bangunan menara kembar Petronas juga sangat mengagumkan. Saya juga mendapati bahawa Malaysia pada tahun 2000 telah mengatasi krisis kewangan Asia pada tahun 1997. Ekonomi negara itu semakin hari semakin pulih dan menunjukkan kemakmuran.
Wartawan CRI:: Setahu saya, sebelum bersara, selain pernah berkhidmat sebagai Duta Besar China ke Malaysia, encik juga pernah dilantik sebagai Duta Besar China ke Indonesia, India dan Pakistan. Sebagai seorang pakar hal-ehwal rantau Asia, bolehkah encik membandingkan perbezaan Malaysia dengan negara-negara tersebut?
Zhou Gang: Walaupun Malaysia tidak dapat disenaraikan antara negara-negara besar dari segi keluasan wilayah dan jumlah penduduk, tetapi pengaruhnya di ASEAN dan rantau Asia Pasifik jauh lebih besar daripada keluasan dan populasinya. Terutamanya, dengan pimpinan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir. Sebagai seorang ahli politik dan juga pakar hal-ehwal antarabangsa yang berpengalaman, beliau berpandangan jauh dan dapat memelihara kepentingan Malaysia dengan teguh serta menentang hegemonisme. Setelah krisis kewangan Asia berlaku pada tahun 1997, beliau telah memimpin rakyat Malaysia mengatasi krisis itu dengan cara sendiri. Usaha beliau bukan sahaja memelihara kepentingan negara sendiri, tetapi juga menyumbang kepada kestabilan situasi ekonomi serantau. Yang paling saya menghargai bahawa Malaysia sebagai sebuah negara kecil, berani bersuara mewakili negara-negara membangun di pentas antarabangsa dan memainkan peranan yang semakin penting.
Wartawan CRI: Apakah ulasan encik tentang peralihan jawatan Perdana Menteri Malaysia pada tahun lalu? Adakah pengganti Tun Dr. Mahathir akan meneruskan kesinambungan dasar negara itu?
Zhou Gang:Peralihan jawatan Perdana Menteri Malaysia pada tahun lalu pada keseluruhannya berjalan dengan lancar. Perdana Menteri baru Malaysia, Dato' Seri Abudullah Ahmad Badawi merupakan seorang ahli politik yang berpengalaman dan mempunyai keupayaan memimpin sebuah negara. Saya percaya bahawa beliau akan meneruskan usaha Tun Dr. Mahathir dan terus melaksanakan dasar yang ditetapkan. Ini bukan sahaja akan memanfaatkan pembangunan ekonomi dan kestabilan masyarakat negara itu, tetapi juga merupakan faktor penting peranan Malaysia terhadap ASEAN.
Wartawan CRI: encik Zhou Gang, tahun ini ulang tahun ke-30 penjalinan hubungan diplomatik China-Malaysia. Pelbagai aktiviti telah diadakan untuk menyambut perayaan itu. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdulah Haji Ahmad Badawi telah mengadakan lawatan secara rasmi ke China pada Mei lalu. Lawatan itu diadakan dalam masa singkat selepas beliau memenangi pilihan raya Malaysia pada Mac tahun ini membuktikan kumpulan pemimpin baru Malaysia amat mementingkan hubungan Malaysia-China. Seperti kenyataan yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dalam lawatannya ke China, hubungan China-Malaysia telah memasuki tempoh yang paling baik dalam sejarah. Apa pandangan encik tentang perkara itu?
Zhou Gang:Saya bersetuju pandangan Perdana Menteri Abdulah Ahmad Badawi, hubungan China-Malaysia telah mencapai kemajuan besar sejak dijalinkan pada 30 tahun yang lalu. Pertukaran lawatan kedua-dua negara bertambah banyak, persefahaman dan kepercayaan serta hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara telah ditingkatkan, aktiviti melibatkan hubungan dua hala dan urusan antarabangsa juga meningkat, ini merupakan hasil usaha bersama kedua-dua pihak. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir telah membuat sumbangan besar untuk mendorong perkembangan hubungan China-Malaysia dalam tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dasar beliau tentang hubungan China-Malaysia yang bersifat membina merupakan pandangan yang sama kumpulan pemimpin baru Malaysia. Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dipercayai terus melaksanakan dasar tersebut untuk mendorong perkembangan hubungan kedua-dua negara pada abad ke-21.
Wartawan CRI:: Semasa wawancara ini diadakan, encik Zhou Gang Gang terkenang kembali satu cerita yang berlaku dalam tempoh perkhidmatan beliau sebagai duta besar China ke Malaysia.
Zhou Gang: Seperti yang telah saya memberitahu, sejarah hubungan China-Malaysia pada tempoh 30 tahun yang lalu telah mencatat banyak peristiwa penting dan perkembangannya bertambah baik secara berterusan, tetapi hubungan kedua-dua negara juga pernah mengalami peristiwa yang berliku-liku. Semua kejayaan yang dicapai adalah atas usaha pemimpin dan tokoh-tokoh pelbagai kalangan kedua-dua negara. Saya sendiri mempunyai perasaan yang mendalam ketika bertugas di Malaysia. Misalnya, saya dihantar ke Malaysia pada akhir bulan Julai 1988 dan saya mula membincangkan perkara tentang penyerahan watikah dengan pegawai Kementerian Luar Malaysia pada 1 Ogos tahun itu. Akan tetapi selepas itu, lama saya tidak menerima sebarang berita tentang perkara itu. Oleh sebab 1 Oktober ialah hari kebangsaan China, saya sangat berharap mengadakan majlis jamuan perayaan hari kebangsaan dengan nama Duta Besar China yang baru, kami perlu mencetak surat undangan terlebih dahulu, akan tetapi jika watikah tidak dapat diserahkan sebelum hari kebangsaan kami, persiapan majlis itu tidak boleh dijalankan kerana mungkin akan kurang hormat. Dalam keadaan itu, sehingga tengah September pun tidak ada maklumat dari Kementeri Luar Malaysia. Pada masa itu, seorang kawan lama Kedutaan China yang kami suka memanggil beliau "kakak" telah mengetahui perkara itu. Beliau sebenarnya beliau ialah kakak isteri Dr. Mahathir, beliau dengan segera menghubungi Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir melalui telefon yang sedang melawat negara jiran Malaysia, memohon beliau mengaturkan perkara itu supaya Duta Besar China yang baru dapat mengadakan majlis jamuan pada 1 Oktober. Dan akhirnya, saya sempat menyerahkan watikah sebelum 1 Oktober. Sampai sekarang saya masih merindui kakak itu. Pada Jun tahun ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir melawat ke China, semasa kami makan malam bersama-sama, saya meminta isterinya menyampaikan salam dan harapan baik kepada kakak beliau.
Wartawan CRI: Encik Zhou Gang, kami mendapat tahu bahawa sejak Perdana Menteri Dato' Seri Abdulah Ahmad Badawi menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia, ekonomi Malaysia berkembang dengan stabil. Pada suku pertama dan kedua tahun ini, kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia telah mencapai 7.6% dan 8%. Adakah encik pernah menemui beliau dan apa kesan encik tentang beliau?
Zhou Gang: Semasa saya menyandang jawatan Duta Besar China di Malaysia, saya pernah menemui Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi beberapa kali. Pada masa itu, beliau menjawat jawatan Menteri Luar Malaysia. Beliau seorang yang lemah-lembut dan peramah dan telah memberi kesan yang baik kepada saya. Saya percaya, atas pimpinan beliau, Malaysia akan mencapai kemajuan yang lebih besar dalam pembangunan ekonomi dan sosial dan memainkan peranan yang sewajarnya dalam hal-ehwal antarabangsa.
Wartawan CRI: Akhirnya, bolehkah encik menjangka perkembangan hubungan China-Malaysia pada masa akan datang?
Zhou Gang: Saya berpendapat bahawa hubungan kedua-dua negara ini mempunyai asas yang baik. Pemimpin, pegawai kerajaan dan tokoh pelbagai kalangan China dan Malaysia juga sangat menghargai dan mementingkan hubungan dua negara yang sedia ada, dan sedang berusaha untuk memperkukuh dan memperkembangkan hubungan tersebut. Saya percaya bahawa atas usaha bersama kedua-dua pihak, pemimpin China dan Malaysia akan mengekalkan tradisi saling melawat dan pertukaran kedua-dua negara dalam pelbagai bidang juga akan ditingkatkan. Misalnya, semasa saya bertugas di Malaysia, pelajar China di Malaysia kurang, kini, pelajar China di Malaysia berjumlah puluhan ribu orang. Manakala, pelajar Malaysia ke China juga sangat kurang pada masa dahulu, tetapi, katanya sekarang terdapat lebih seribu orang pelajar Malaysia sedang menuntut di China. Dan pada awal tahun 1990-an, jumlah perdagangan antara China dengan Malaysia tidak banyak, kini jumlah itu telah melebihi 20 bilion dolar Amerika setahun dan menduduki tempat pertama antara negara-negara ASEAN. China telah menjadi rakan dagangan yang utama bagi Malaysia. Selain itu, China dan Malaysia mempunyai persepakatan yang luas tentang kepentingan bersama. Ini merupakan asas kerjasama antara kedua-dua negara. Pada masa ini, kedua-dua negara sedang menghadapi cabaran bagaimana membangunkan negara ke peringkat yang lebih tinggi. Kerjasama China dan Malaysia mempunyai prospek yang cerah sekali untuk meningkatkan kehidupan rakyat dan mempertahankan kepentingannya sebagai negara membangun. Sekian, terima kasih.
Wartawan CRI cik Chang Shan (Puspa) yang mengadakan wawancara ini bergambar bersama-sama dengan encik Zhou Gang
----Puspa
|