Menurut berita CRI: Ekspo Kerjasama Beijing-Hong Kong Ke-8 dan Sidang Promosi Pasaran Ekonomi Sukan Olimpik dirasmikan di Hong Kong hari ini.
Setiausaha Jawatankuasa Bandar Beijing Li Qi dalam ucapannya menyatakan harapan agar keunggulan Beijing sebagai pusat politik, kebudayaan dan pertukaran antarabangsa China digabungkan dengan keunggulan Hong Kong yang terkenal sebagai pusat kewangan perdagangan dan perkapalan antarabangsa, dengan peluang sejarah Sukan Olimpik 2008, menyediakan lebih banyak peluang pelaburan untuk meningkatkan daya tarikan kerjasama Beijing-Hong Kong.
Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Tung Cheehwa menyatakan, kerjasama Beijing-Hong Kong merupakan kerjasama antara zon ekonomi penting di China.
|