Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-02 10:01:46    
Bersama-sama Membina Jambatan Komunikasi China-ASEAN

CRI
Seminar Peringkat Tinggi Kerjasama Media Massa China-ASEAN ke-2 telah diadakan di Nanning Guangxi China pada 26 Ogos lalu, Ketua Pengarah media massa dan pegawai penerangan kerajaan China dan ASEAN serta wakil sekretariat ASEAN telah menghadiri seminar tersebut.

Seminar tersebut mendokuskan "kerjasama media massa dan pembangunan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN berkembang selangkah", berdasarkan prinsip "damai, selamat, kerjasama dan makmur", secara mendalam membincangkan 5 topik utama termasuk bagaimana mengadakan kerjasama media massa China ASEAN dan kesannya, peranan media massa dalam pembangunan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN dan lain-lain.

Naib Ketua Pengarah Agensi Berita Xinhua China Lu Wei dalam seminar tersebut telah menyampaikan ucapan yang bertajuk, "Bersama-sama Membangun Jambatan Komunikasi China-ASEAN". Beliau menyatakan, China dan ASEAN sekarang sedang giat membangun zon perdagangan bebas, meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan dan menjalin hubungan rakan strategik yang damai dan makmur. Media massa harus memainkan peranan dalam proses tersebut. Beliau menyatakan, "Agensi Berita Xinhua China bersedia bersama-sama dengan media massa pelbagai negara anggota ASEAN menjadi jambatan untuk mengadakan komunikasi antara kedua-dua pihak. Jika ada komunikasi, baru boleh mengetahui, memahami, percaya dan bekerjasama mencapai kemajuan manusia. Sekarang, situasi dunia sering berubah, pelbagai rantau, negara dan bangsa memerlukan komunikasi dan persefahaman yang lebih banyak. Mencari persamaan dan mengurangkan perbezaan, merapatkan percanggahan pendapat, meningkatkan kepercayaan antara satu sama lain, meningkatkan kerjasama, mencapai kemakmuran dan perkembangan bersama-sama.

Lu Wei berkata, "China dan ASEAN merupakan jiran bersahabat, pertukaran ekonomi dan budaya sudah bersejarah lama. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, menghadapi trend globalisasi maklumat dan ekonomi serta integrasi ekonomi rantau, kedua-dua pihak telah meningkatkan pertukaran dan komunikasi antara satu sama lain, khususnya penubuhan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN telah menyediakan syarat yang baik untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama. Pada November 2002, kedua-dua pihak telah memeterai "Perjanjian Rangka Kerjasama Ekonomi Menyeluruh China-ASEAN", memutuskan untuk menubuhkan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN pada tahun 2010.

Pada Oktober 2003, kedua-dua pihak telah memeterai "Peristiharan Bersama Hubungan Rakan Strategik China-ASEAN" dan memutuskan mengadakan Ekspo China-ASEAN di Nanning China setiap tahun bermula tahun ini. Ini bukan sahaja telah menyediakan dinamik baru kepada Nanning, tetapi juga menyediakan peluang perdagangan yang lebih meluas kepada pelbagai negara anggota ASEAN, dan melambangkan hubungan kerjasama kedua-dua pihak telah memasuki tahap baru."

Pengedaran komoditi, modal dan penyebaran maklumat merupakan tiga tonggak dalam pembangunan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN. Penyebaran maklumat memainkan peranan yang paling penting. Lu Wei menegaskan, "Sama ada Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN boleh ditubuhkanmenurut jadual banyak bergantung sama ada media massa China-ASEAN boleh bersama-sama mendorong penyebaran maklumat."

Walaupun cara penyebaran maklumat semakin pelbagai, tetapi media massa tetap merupakan cara utama dalam pertukaran maklumat. Oleh sebab itu, pertukaran antara China-ASEAN terlebih dahulu ialah pertukaran media massa antara kedua-dua pihak tersebut. Lu Wei telah mengemukakan 5 cadangan,

Pertama, menubuhkan mekanisme pertukaran antara media massa China-ASEAN, meningkatkan persefahaman dan kepercayaan antara satu sama lain.

Kedua, memperluas bidang-bidang dalam laporan, melaporkan berita benar, menjadikan media massa sebagai pendorong untuk meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat kedua-dua pihak. Dengan kerjasama dan usaha bersama-sama media massa kedua-dua pihak, agar dunia lebih mengetahui China dan ASEAN, China dan ASEAN lebih mengetahui dunia."

Ketiga, meningkatkan pertukaran teknologi media massa, media massa kedua-dua pihak bersama-sam menikmati sumber berita, meningkatkan taraf maklumat serantau.

Keempat, bekerjasama untuk meneroka sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan maklumat yang cepat, benar dan menyeluruh untuk pertumbuhan ekonomi rantau ini, meningkatkan pertukaran maklumat antara kerajaan dan perusahaan China-ASEAN.

Dan Kelima, meningkatkan perdagangan maklumat antara media massa, mengembangkan cara baru penyebaran maklumat termasuk internet, multimedia dan lain-lain.

Membina jambatan komunikasi antara China-ASEAN melalui kerjasama media massa kedua-dua pihak akan meningkatkan hubungan persahabatan antara rakyat kedua-dua pihak tersebut dan memakmurkan China-ASEAN.

Andika