Pasar Perdagangan sempadan Jinming di tebing Sungai Merah, mempunyai lebih 100 buah gerai, terutamanya mengadakan perniagaan barangan Vietnam. Pasar itu terletak di Kaunti Hekou di Tenggara Provinsi Yunnan China, yang jaraknya 200 meter dari Kaunti Hekou—pintu keluar masuk kawasan sempadan yang terbesar di Provinsi Yunnan China. Pada pagi-pagi, peniaga Vietnam sibuk berurus-niaga di sana, menyediakan barang-barang istimewa Vietnam untuk dibeli oleh pelanggan dari pelbagai tempat.
Perniagaan dari Vietnam puan Nguyen Thi Anh berkata, beliau menjual buah-buahan di jalan telah lama. Selain itu, beliau juga menjual lukisan hiasan, minyak wangi, pisau dan lainnya. Encik Shen Jun seorang kaki tangan sebuah syarikat Bandar Kunming Provinsi Yunnan, jika berkunjung ke pasaran itu, beliau akan membeli hasil istimewa Vietnam. Beliau berkata kepada wartawan: " Saya sentiasa membeli barangan di pasar tersebut, kerana hasil istimewa Vietnam seperti sisir dan barang kraf tangan yang diperbuat daripada tanduk lembu dan mempunyai keunikan tersendiri, walaupun teknik pembuatannya tidak begitu baik. selain itu, sandal Vietnam selesa dipakai".
Puan Quach Thi Tu dari Hanoi Vietnam menyewa sebuah bangunan di pasar Perdagangan Jinming, yang khusus mengelolakan barang kraf tangan diperbuat daripada tanduk lembu, yang beraneka-ragam bentuk dan pelbagai jenis, mendapat sambutan dari ramai pelancong China. Puan Quach Thi Tu berkata kepada wartawan, jika berurus-niaga dengan baik, beliau akan memperoleh keuntungan ratus ribu yuan Renminbi pada setiap hari. Beliau sangat berpuas hati terhadap perniagaannya. Katanya: " Sudah 6 tahun, saya menjual barang kraf tangan tanduk lembu di pasaran tersebut, pelanggan dari pelbagai tempat di China. Kini, perniagaan saya dengan baik dan lancar". Saya juga menjual vas bunga diperbuat daripada kayu yang semakin diminati ramai pelanggan.
Masih terdapat beberapa pasar jualan runcit yang sama seperti Pasaran Perdagangan sempadan Jinming. Tidak jauh dari Pasaran Perdagangan Jinming, juga terdapat sebuah pasar pengangkutan barangan perdagangan sempadan yang agak besar. Buah-buahan yang dieksport oleh Vietnam ke China serta bahan binaan dan baja kimia serta barangan yang lain yang dieksport oleh China ke Vietnam, kebanyakannya diangkut ke pasar ini, kemudiannya dihantar ke pelbagai tempat di China dan Vietnam. Pada setiap hari, ada kira-kira 40 pemandu kereta mengadakan perkhidmatan pengangkutan di pasar tersebut.
Kaunti Hekou merupakan pintu keluar masuk perdagangan yang penting antara Provinsi Yunnan dengan Vietnam, dan juga merupakan salah sebuah laluan yang paling memudahkan penduduk di kawasan barat daya China memasuki negara Asia Tenggara. Semenjak tahun 1993, pintu keluar masuk Hekou China dan Vietnam telah dibuka secara rasmi. Kemudiannya, pengangkutan landasan kereta api serta pengangkutan kargo dan penumpang telah dibuka. Pada masa lalu, perniagaan Kaunti Hekou dengan Vietnam adalah perniagaan pasar bebas antara penduduk di kawasan sempadan, kini, berkembang menjadi perniagaan pelbagai jenis.
Timbalan Ketua Kaunti Hekou Encik Li Guanghua berkata kepada wartawan: " Kini, perniagaan kami di Kaunti Hekou, telah berkembang menjadi perniagaan pelbagai yang termasuk, perniagaan pasaran bebas, perniagaan biasa, perniagaan transit, perniagaan barangan serahan hadapan, perniagaan pemprosesan serta perniagaan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan luar negara dan badan perniagaan agak lengkap".
Dimaklumkan, terdapat beberapa puluh jenis barangan yang dieksport oleh China ke Vietnam termasuk logam bukan-ferus, barang industri kimia posforan, hasil pengeluaran pertanian dan lainnya. Selain itu, barangan utama yang diimport oleh China dari Vietnam ialah hasil galian dan hasil pertanian. Pada tahun 2003, jumlah perdagangan import-eksport Kaunti Hekou telah mencatat 1.79 bilion yuan Renminbi, angka itu telah meningkat 12.05% berbanding tahun 2002 dalam tempoh yang sama. Perdagangan import-eksport Kaunti Hekou yang berkembang dengan cepat telah memainkan peranan yang penting dalam memangkin ekonomi tempatan.
---- Wang Ling
|