Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-06 15:23:15    
China Mulai Tetapkan Semula Dasar Perancangan Keluarga Negara

CRI

Dasar Program Perancangan Keluarga Negara yang mulai dilaksanakan baru-baru ini mengalami perubahan. Pada masa dahulu, kawalan pertambahan penduduk dilaksanakan dengan mendenda sesiapa yang melanggar peraturan perancangan keluarga, akan tetapi, pada masa ini, kawalan pertambahan penduduk telah dilaksanakan dengan memberi hadiah kepada sesiapa yang mematuhi peraturan perancangan keluarga di beberapa tempat. Pegawai badan kawalan pertambahan penduduk Kerajaan Pusat menyatakan, sistem baru itu dijangka akan dilaksanakan di seluruh negara pada tahun depan.

Mulai tahun 1970-an, untuk mencegah secara berkesan peningkatan jumlah penduduk yang terlalu pesat, kerajaan China melaksanakan program perancangan keluarga dengan mendenda mereka yang tidak mematuhi peraturan itu dalam bentuk pentadbiran dan ekonomi. Berdasarkan statistik yang diumumkan oleh kerajaan China, dalam tempoh 30 tahun sejak program itu dilaksanakan, kelahiran bayi seramai lebih 300 juta orang dalam jangka masa yang singkat telah dapat dikawal. Pelaksanaan program perancang keluarga telah memainkan peranan penting untuk mengawal peningkatan jumlah penduduk China yang terlalu pesat iaitu mendorong perkembangan penduduk yang selaras dengan sumber alam dan alam sekitar, mendorong pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Akan tetapi, beberapa masalah tetap wujud dalam pelaksanaan program itu, khususnya di desa yang pertumbuhan ekonominya agak perlahan. Misalnya di desa, anak lelaki diberi keutamaan memikul tanggungjawab menyara ibu bapa, jika pasangan suami isteri tidak ada anak lelaki, masalah memelihara ibu bapa akan wujud apabila mereka lanjut usia. Untuk mengatasi masalah itu, beberapa pasangan suami isteri yang anak pertama mereka adalah anak perempuan akan terus melahirkan anak, sehingga melahirkan anak tanpa mempedulikan arahan kerajaan. Keadaan ini mengakibatkan banyak tempat dan keluarga semakin miskin serta menjejaskan pelaksanaan program perancangan keluarga kerajaan. Sistem memberi hadiah dan menyediakan bantuan kepada keluarga yang mematuhi peraturan perancangan keluarga akan dilaksanakan untuk mengelakkan masalah tersebut.

Berdasarkan maklumat, sistem itu mulai dilaksanakan di beberapa provinsi China. Naib Menteri Suruhanjaya Penduduk dan Perancangan Keluarga China Puan Zhao Baige menjelaskan, semua petani yang berumur 60 tahun yang tidak pernah melanggar peraturan perancangan keluarga dalam tempoh lebih 20 tahun yang lalu, mempunyai satu anak atau dua anak perempuan atau tidak ada anak, mereka boleh memohon mendapat bantuan kerajaan sebanyak 600 Yuan RMB setahun setiap seorang. Semasa memperkatakan tentang pelaksanaan sistem itu, Puan Zhao Baige menyatakan,

"Pertama, pelaksanaan sistem itu memberi ganti rugi kepada semua keluarga yang melaksanakan program perancangan keluarga; kedua pelaksanaan sistem itu merupakan tindakan percubaan membentuk sistem jaminan sosial di desa China. Program itu telah dilaksanakan di beberapa tempat pada masa ini, dan kami berharap sistem tersebut dapat dilaksanakan di seluruh negara pada tahun 2005."

Encik Cao Lu yang berusia 63 tahun ialah petani di desa bandar Dingxi Provinsi Gansu di bahagian barat China. Pada lebih 30 tahun lalu, mereka suami isteri mematuhi program perancangan keluarga kerajaan China dan hanya memiliki seorang anak sahaja. Baru-baru ini, beliau mendapat wang hadiah sebanyak 600 Yuan RMB dan satu buku akaun bank. Beliau akan memperoleh 600 Yuan RMB dari bank yang akan dikreditkan dalam buku akaun tersebut setiap tahun. Beliau memberitahu wartawan,

"Saya amat gembira. 600 Yuan tersebut akan membantu meringankan masalah kehidupan kami. Saya akan menasihatkan anak saya agar melahirkan seorang anak sahaja. Ini bukan sahaja bermanfaat bagi orang perseorangan, tetapi juga bagi negara."

----Ching