Pada masa ini, bukan sahaja ramai orang China merawat dan mengubati penyakit menggunakan kaedah perubatan tradisional China untuk mengekalkan kesihatan, tetapi juga ramai orang asing menumpukan perhatian terhadap perubatan tradisional China, khususnya beberapa pegawai profesional asing mulai berminat akan cara perubatan China itu. Puan Anna Less dari Florida A.S. merupakan salah seorang antara mereka.
Puan Anna Less sedang menulis kertas kerja ijazah kedoktoran di Institut Perubatan Tradisional China Provinsi Zhejiang.
Sebelum belajar di China, beliau membuka klinik persendirian di A.S. dan mengajar kursus tentang kajian perubatan tradisional China di universiti. Semasa memperkatakan mengapa beliau melanjutkan pengajian di China, beliau berkata,
"Saya bertugas sebagai doktor di A.S. selama 15 tahun dan mengadakan kajian tentang ubat-ubatan dan rawatan perubatan tradisional China. Baik dari segi teori, mahupun dari segi praktikal, saya berpendapat harus melanjutkan pelajaran dengan lebih sistematik. Akan tetapi, tidak ada kursus perubatan tradisional China di universiti A.S. Sehubungan dengan itu, saya datang ke China untuk belajar perubatan tradisional China."
Institut Perubatan Tradisional China Provinsi Zhejiang bersejarah 45 tahun. Pada lebih 20 tahun yang lalu, institut itu mulai menerima pelajar asing. Setakat ini, pelajar dari hampir 30 negara dan kawasan antaranya Republik Korea dan A.S. pernah mengikuti kursus ijazah sarjana muda, sarjana, ijazah kedoktoran dan lain-lain. Pada masa ini, pelajar asing yang belajar di institut itu berjumlah lebih 100 orang, manakala, pelajar asing yang belajar dalam jangka pendek di institusi itu berjumlah lebih 200 orang setiap tahun.
Prof. Ye Debao ialah pensyarah dan juga mentor Anna Less, beliau spakar dalam bidang akupunktur dan moxibustion dan pengajaran perubatan tradisional China dalam belasan tahun. Beliau menyatakan,
"Pada masa ini, rawatan tradisional China amat dihargai di arena antarabangsa kerana rawatan perubatan barat menyebabkan kesan sampingan terhadap kesihatan. Sehubungan dengan itu, ramai orang asing termasuk doktor telah menyedari keselamatan rawatan perubatan barat, mereka berusaha mencari cara rawatan baru dengan mengkaji perubatan tradisional China."
Menurut Puan Anna Less, ramai pesakitnya ingin menyembuhkan penyakit mereka melalui rawatan perubatan tradisional China. Beliau sedang mengkaji cara rawatan penyakit migrain di Institut Perubatan Tradisional China Provinsi Zhejiang. Beliau berkata,
"Penyakit migrain telah menjadi ilmu perubatan penting di dunia. Ramai pesakit saya menderita penyakit itu. Cara rawatan migrain menggunakan kaedah perubatan tradisional China banyak digunakan di kalangan orang A.S.. Saya pernah mengkaji secara mendalam dan meluas terhadap rawatan migrain berdasaran kaedah perubatan tradisional China."
Menurut Puan Anna Less,
"Apabila kembali ke A.S., saya akan terus mengajar di universiti untuk melatih tenaga profesional dalam bidang perubatan tradisional China."
Prof. Ye Debao memberitahu wartawan,
"Apabila tamat dari institut itu, kebanyakan pelajar asing pulang ke negara mereka, akan tetapi ada beberapa pelajar terus mengikuti kursus ijazah doktor di China."
----Ching
|