Menurut Agensi Berita Xinhua China, negara-negara membangun di Asia yang bergantung kepada pengimportan minyak asli sekarang menghadapi cabaran yang serius akibat harga minyak pasaran antarabangsa yang naik secara berturut-turut pada masa ini.
Pakar ekonomi berpendapat bahawa pertumbuhan ekonomi Asia akan diperlembat dengan nyata jika harga minyak yang tinggi terus dikekalkan dalam tempoh yang panjang. Sehubungan itu, negara-negara di Asia perlu berusaha meningkatkan kecekapan penggunaan sumber dan mempelbagaikan sumber tenaga di negara masing-masing untuk menghadapi cabaran itu.
Walaupun harga minyak pasaran antarabangsa telah menurun bermula 20 Ogos yang lalu, namun harga minyak untuk bulan depan di pasaran New York dan London pada 3 September yang lalu masing-masing mencapai 43.99 Dolar Amerika setong dan 41.23 Dolar Amerika setong, harga itu jauh lebih tinggi daripada yang dicatatkan pada hari urus niaga yang terakihr tahun lalu, iaitu 32.52 Dolar Amerika dan 30.17 Dolar Amerika. Para penganalisis berpendapat bahawa harga minyak yang tinggi itu akan terus dikekalkan.
Menurut penganalisis, negara-negara Asia akan terjejas dengan hebat kerana kenaikan harga minyak.
Sehubungan itu, kerajaan pelbagai negara Asia berturut-turut mengambil tindakan untuk menghadapi masalah itu. Kerajaan India baru-baru ini telah mengurangkan tarif pengimportan hasil keluaran minyak untuk meringankan tekanan akibat kenaikan harga minyak. Kerajaan Thailand memperuntukkan duit sebanayk 480 juta Dolar Amerika sebagai subsidi kepada minyak dan melaksanakan pelbagai langkah, antaranya menyingkatkan masa perkihdmatan kedai dan stesen minyak untuk menjimatkan sumber tenaga. Kerajaan Filipina juga melaksanakan tindakan yang mengenakan sekatan terhadap penggunaan kereta swasta.
|