|
Kereta sorong merupakan alat pengangkutan tradisional di kawasan desa China. Ia dikenali sebagai kereta roda tunggal kerana hanya mempunyai satu roda.
Pada masa ini, kereta sorong sudah digantikan dengan pengangkutan moden seperti kereta dan motosikal.
Encik Qu Baoying, petani dari Kampung Qifuzhuang, Kaunti Fei, Provinsi Shandong menjadi kaya kerana mengusahakan penjualan kereta sorong.
Pada masa dahulu, Encik Qu Baoying menolak kereta sorong mencari rezeki kerana keluarganya miskin.
Pada tahun 2004, Encik Qu Baoying mulai menghasilkan kraf tangan berbentuk kereta sorong dan memperolehi keuntungan yang besar.
Beliau berkata, "Kereta sorong yang kecil yang saya hasilkan sama seperti model yang asli. Tetapi memainkan peranan yang berbeza, pada masa dahulu, saya bergantung kepada kereta sorong yang besar itu menghantar barangan untuk mencari rezeki, pada masa ini, saya bergantung kepada kereta sorong yang kecil itu sebagai kraf tangan untuk mencari nafkah."
Kereta sorong kecil yang dihasilkan oleh Encik Qu Baoying hampir sama dengan model yang asli.
Kemahiran untuk membuat kraftangan itu agak sukar bagi orang biasa, tetapi agak mudah bagi Encik Qu Baoying.
Beliau mulai belajar kemahiran bertukang kayu sewaktu berumur 18 tahun, dan sudah mahir dan terkenal di beberapa kawasan di sekitar kampung itu.
Penghulu Kampung Qifuzhuang Encik Zhu Yunxiang ketika mengenang kembali keadaan Qu Baoying semasa ditanya tentang pendapatnya sama ada beliau boleh menghasilkan kereta sorongl sebagai kraf tangan dan menjualnya di pasar, beliau berkata, "Saya kagum melihat kereta sorong kecil yang dihasilkan oleh Qubaoying. Kereta sorong itu jarang terdapat di kawasan desa, beliau bijak menghasilkan kraf tangan berbentuk kereta sorong tersebut. Saya yakin karf tangan itu pasti laris dijual di pasaran."
Setelah mendapat sokongan penghulu kampung, Encik Qu Baoying terlebih dahulu menghasilkan beberapa kereta sorong kecil dan menjualnya di pasaran. Barangannya begitu laris dan habis dijual.
Kemudian, Encik Qubaoying memutuskan akan menghasilkan kraf tangan tersebut dan menjualnya kepada penduduk bandar serta pelancong asing.
Pada Mei 2004, Encik Qu Baoying membuka satu kilang kraf tangan dan mulai menjalankan urus niaga tersebut.
Anak Encik Qu Baoying memaklumkan, "Jumlah pengeluaran kami terhad jika hanya bergantung kepada anggota keluarga. Kami hanya dapat menghasilkan lebih 100 buah kereta sorong setiap hari dan tidak dapat memenuhi permintaan pasaran. Sekarang terdapat terlalu ramai pelanggan. Kami merancang akan mengupah beberapa orang pekerja lagi dan meningkatkan kualitinya."
Selain itu, Qu Baoying juga menghasilkan kraf tangan yang berbentuk peralatan pertanian tradisional yang sudah tidak digunakan lagi seperti alat menanam benih dan mesin tenun. Beliau berharap melalui promosi kraf tangan yang berbentuk peralatan tradisional China tersebut, menjadikan rakyat asing mengetahui kebudayaan bersejarah lama di China.
----Azmi
|