Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-07 14:07:37    
China Berusaha Tubuhkan dan Sempurnakan Sistem Jaminan Sosial

CRI

Pejabat Penerangan Dewan Negara China hari ini mengeluarkan kertas putih "Keadaan dan Dasar Jaminan Sosial China". Dalam kertas putih itu diperkenalkan dengan terperinci sistem jaminan sosial di China dalam bidang insurans nyawa, insurans pengangguran, insurans perubatan, bantuan sosial dan jaminan sosial di desa, dan dinyatakan kerajaan China sedang berusaha untuk menubuhkan dan menyempurnakan sistem jaminan sosial yang selaras dengan taraf pertumbuhan ekonomi China.

China merupakan negara membangun yang paling besar di dunia, jumlah penduduknya banyak, taraf pertumbuhan ekonomi rendah, perkembangan antara kawasan dan antara bandar dengan desa kurang seimbang, sehubungan dengan itu, tugas untuk menyempurnakan sistem jaminan sosial amat sukar dan rumit. Berdasarkan kertas putih itu, kerajaan China menumpukan perhatian dan berusaha dengan aktif terhadap penubuhan dan penyempurnaan sistem jaminan sosial. Melalui usaha selama lebih 20 tahun, rangka asas sistem jaminan sosial yang selaras dengan sistem ekonomi pasaran telah ditubuhkan di China.

Jumlah warga tua di China banyak, jumlah warga tua meningkat dengan pesat di China. Berdasarkan kertas putih itu, kerajaan China terus menyempurnakan sistem jaminan nyawa. Pada masa ini, insurans nyawa di China bukan sahaja dilaksanakan di kalangan pekerja perusahaan milik negara dan perusahaan kolektif bandar dan pekan, tetapi juga termasuk pekerja perusahaan pelaburan asing, perusahaan swasta di bandar dan pekan serta pekerja perkhidmatan di rumah. Dalam tempoh 20 tahun pertama abad ini, kerajaan China akan berusaha untuk melasakanakan insurans nyawa terhadap semua pekerja di bandar dan desa yang bersesuaian dengan syarat.

Setakat penghujung tahun yang lalu, jumlah orang yang menyertai insurans nyawa mencatat lebih 150 juta di China. Antaranya, pekerja yang bersara dalam perusahaan memperoleh pencen lebih 600 Yuan RMB purata setiap bulan.

Berdasarkan kertas putih itu, sistem insurans pengangguran China juga semakin distandardkan dan dilengkapi. Kerajaan China mengumumkan "Peraturan Insurans Pengangguran" pada tahun 1999, dan menetapkan standard wang jaminan pengangguran di pelbagai tempat harus lebih tinggi daripada jaminan taraf kehidupan mininum penduduk di bandar tempatan. Pada penghujung tahun 2003, jumlah orang yang menyertai insurans pengangguran melebihi 100 juta di China.

----Ching