|
Menurut Harian China, berdasarkan statistik yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan China semalam, pada tahun 2003, perusahaan China telah melabur secara langsung sebanyak kira-kira 2.9 bilion dolar Amerika di luar negara. Jumlah itu meningkat 5.5% berbanding tahun 2002.
Dalam pengumuman itu dinyatakan, setakat akhir tahun 2003, jumlah pelaburan langsung China di luar negara telah mencapai 33.2 bilion dolar Amerika. Tetapi, jumlah itu hanya menduduki kurang 0.5% daripada jumlah keseluruhan pelaburan langsung sejagat.
Statistik itu juga menunjukkan, perusahaan China di seberang laut melabur di 139 buah negara dan kawasan termasuk Hong Kong, A.S., Jepun. Kebanyakan di rantau Asia.
|