Naib Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Zhang Guobao yang sedang menghadiri Sidang Sumber Tenaga Dunia Ke-19 di Sydney semalam mengumumkan bahawa China akan membuka tender membina loji janakuasa nuklear secara terbuka.
Zhang Guobao semasa berucap dalam sidang itu berkata, jumlah penjanaan elektrik nuklear China akan menduduki 4% daripada jumlah keseluruhan penjanaan elektrik China pada tahun 2020. Ini bermakna jumlah penjanaan elektrik nuklear China akan meningkat sebanyak kira-kira 30 juta kilowatt dalam tempoh 16 tahun yang akan datang. Pembangunan sumber tenaga China telah menyediakan peluang perniagaan kepada perusahaan pelbagai tempat di dunia dan mendorong perkembangan ekonomi sejagat.
|