Wartawan CRI melaporkan, Sidang Pelaburan dan Perdagangan China Ke-8 dirasmikan di Xiamen hari ini.
Dalam forum selepas upacara perasmian itu, Menteri Perdagangan China Bo Xilai menyatakan Sidang Pelaburan dan Perdagangan dan Forum Pelaburan Antarabangsa telah menjadi kegiatan mendorong pelaburan paling penting di rantau Asia, memainkan peranan aktif mendorong pelaburan langsung antarabangsa. Dalam beberapa tahun yang akan datang, kerajaan China akan terus memperluas keterbukaan, melaksanakan dasar perdagangan dan pelaburan yang mantap dan stabil, memperbaiki struktur industri pelaburan pedagang asing.
|