Pengundian pilihan raya presiden Indonesia pusingan kedua akan diadakan pada 20 September nanti. Presiden Indonesia kini, Megawati Soekarnoputri berjanji akan mempertahankan kestabilan politik dan terus memangkin pembaharuan. Manakala bekas Menteri Penyelaras Politik dan Keamanan Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono telah menegakkan imej barunya yang murah hati dan menyokong pembaharuan.
Pilihan raya umum kali ini merupakan pilihan raya Presiden langsung pertama. Pengundian pusingan pertama telah diadakan pada 5 Julai lalu, seramai lima orang calon Presiden telah menyertai pengundian itu. Susilo, calon Parti Demokratik mendapat 119 juta undi, menduduki 33.57% undi keseluruhan. Megawati mendapat 26.6% undi. Oleh sebab kedua-dua calon itu tidak mendapat undi lebih 50%, maka mereka akan menyertai pengundian pusingan kedua.
Megawati mempunyai tiga kelebihan dalam pengundian pusingan kedua:
1. Megawati memerintah pada masa ini. Menurut ketetapan bahawa calon pilihan raya hanya boleh menjalankan kempen selama tiga hari pada 14 hingga 16 September, Megawati boleh mengambil peluang menyertai pelbagai aktiviti politik.
2. Megawati ialah anak bekas Presiden Soekarnoputri, beliau telah mengalami kesengsaraan dalam zaman politik ketenteraan. Rakyat Indonesia takut kembali ke "zaman Suharto". Pemerintahan Megawati akan memdatangkan ketenteraman kepada rakyat negara itu.
3. Megawati telah mendapat sokongan pelbagai parti besar. Kalau Megawati berjaya terus memerintah, beliau akan memiliki sokongan parti yang kukuh dalam kerajaan dan parlimen.
Kelebihan Susilo dalam pilihan raya ialah imej yang memangkin pembaharuan. Beliau berasal dari keluarga yang miskin dan menyandang jawatan penting dalam kerajaan melalui usahanya sendiri. Beliau dianggap sebagai calon yang "bersih".
Selain itu, menurut pungutan suara terkini bahawa 58% orang akan menyokong Susilo dalam pengundian pusingan kedua dan hanya 29% orang menyokong Megawati.
|