|
Pada lebih seribu tahun yang lalu, seorang penyair ternama pada Zaman Dinasti Tang China Zhang Ji pernah menulis sebuah sajak yang menggambarkan Kuil Hanshan. Sejak itu, ramai orang mengetahui Kuil Hanshan dan juga berkunjung ke sana dari pelbagai tempat di dunia.
Kuil Hanshan tidak jauh dari kawasan Bandar Suzhou, ia terletak di tebing sungai kecil yang melalui pinggir barat Bandar tersebut.
Kuil Hanshan merupakan kuil agama Buddha, kuil itu sudah berusia lebih 1400 tahun, keluasannya lebih 10 ribu meter persegi. Di dewan kuil itu, terdapat patung pengasas agama Buddha sedang bertafakur, di kedua-dua belah patung Buddha itu ialah 18 patung arhat dengan wajah yang berbeza-beza. Ketika menyambut ketibaan tahun baru, ramai orang pergi ke Kuil Hanshan untuk mendengar bunyi loceng, mereka berdoa agar dijauhkan daripada kerisauan dan semoga mereka menikmati kehidupan yang bahagia.
Menyentuh asal-usul Kuil Hanshan, Pemandu pelancong Encik Teng Teng menjelaskan: "Kononnya, kuil tersebut dinamakan Kuil Hanshan disebabkan terdapat dua orang sami di sebuah kuil yang bernama Hanshan dan Shide. Mereka berdua sering-sering memberi peluang kepada rakannya dalam menangani urusan. Pada suatu hari, kedua-dua sami itu telah bertemu dengan seorang wanita tua di depan kuil. Wanita tua itu berkata, jika mereka ingin menjadi sami besar dan namanya ditetapkan sebagai nama kuil itu, dia harus pandai menggunakan sihir, siapa yang lebih hebat antara kamu berdua, dialah akan menjadi sami besar".
Kemudian, wanita tersebut menunjukkan sungai di depan kuil itu dan berkata, tidak ada jambatan di atas sungai tersebut, penduduk kampung menyeberangi sungai itu hanya dengan mendayung perahu, ini sangat menyusahkan. Jika siapa dapat menjelmakan jambatan dengan menggunakan sihir merentangi sunga itu, dia lebih hebat. Shide menggunakan sihir terlebih dahulu, tetapi tidak berjaya, Hanshan pula dengan segera menjelmakan tongkat dalam tangannya menjadi sebuah jambatan yang merentangi sungai itu. Wanita tua memuji Hanshan lebih hebat, oleh sebab itu, Hanshan menjadi sami besar dan kuil itu dinamakan "Kuil Hanshan", dan jambatan itu bernama "Jambatan Feng".
Kuil Hanshan merupakan satu-satunya kuil yang dinamakan dengan nama sami di China. Di kuil itu, terdapat patung pahatan sami Hanshan dan Shide. Kedua-dua sami itu, seorang memegang bunga teratai dan seorang yang lain mengambil kotak.
Kuil Hanshan merupakan destinasi pelancongan yang dipelihara dengan baik. Sami Guo Hong sudah menjadi sami di Kuil Hanshan selama 12 tahun, beliau berkata kepada wartawan: Beliau berusia 58 tahun, menjadi sami di Kuil Hanshan, selain beliau terdapat 6 orang sami di Kuil Hanshan itu, yang paling tua ialah sami Xinkong, berusia 84 tahun dan yang paling muda berusia 20 tahun. Sami besar Qiu Shuang hanya berusia 38 tahun, beliau lulusan Teologi Agama Buddha Beijing.
Jika bersiar-siar di Kuil Hanshan, kita akan dapat merasakan suasana budaya. Terdapat beberapa batu nisan yang diukir sajak dan kaligraf ramai cendekiawan pada zaman pelbagai dinasti China.
Yang sangat menarik ialah loceng di Kuil Hanshan. Pemandu pelancong Teng Teng berkata: "Kononnya, pada suatu masa, bencana banjir telah berlaku, untuk mengeluarkan sebuah loceng dalam air, sami Shide telah menyelam di dalam air untuk mengeluarkan leceng itu, namun beliau tidak timbul timbul. Hanshan menganggap, Shide sudah mati, beliau sangat sedih. Sebenarnya Shide telah menyeberang ke Jepun dengan loceng tersebut sebagai kapal. Oleh itu, ada sebuah Kuil Shide di Jepun. Kononnya perasaan rindu antara Hanshan dengan Shide disampaikan dengan melalui bunyi loceng. Ramai pelancong Jepun berkunjung ke Kuil Hanshan".
Ketika menyambut ketibaan tahun baru, majlis membunyikan loceng akan diadakan di Kuil Hanshan. Pada pukul 11: 42 malam, sami besar Kuil Hanshan membunyikan loceng sebanyak 108 kali. Selepas itu, bunga api dan mercun dibakar di luar kuil, penuh suasana yang menggembirakan. Membunyikan loceng menjadi satu acara yang perlu bagi pelancong yang berkunjung ke sana.
Pemandu Pelancong Teng Teng memberitahu wartawan: "Dalam tempoh setahun, beliau dan rombongan pelancong berkunjung Ke Kuil Hanshan sebanyak beberapa puluh kali. Pelancong China dan luar negara, hampir semuanya suka membunyikan loceng".
---- Wang Ling
|