|
Anggota Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Beijing Encik Lu Yingchuan dalam "Forum Pembaharuan dan Perkembangan Perusahaan Milik Negara China" yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kawalan Aset Milik Negara Beijing semasa diadakan baru-baru ini menyatakan, kerajaan bandar Beijing telah melaksanakan tindakan kawalan makro penting yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Parti dan Dewan Negara China, dan usaha itu telah mencapai kesan positif pada masa ini. Menurut beliau, kejayaan tersebut boleh mencerminkan 5 aspek.
Pertama, kerajaan Beijing menetapkan dan menyusun semula zon pembangunan, membatalkan sebanyak 442 zon pembangunan yang pelbagai jenis dalam rancangan, keluasan zon telah dikurangkan sebanyak 47077 hektar dan kadar pengurangan itu mencatat 53.7%. Kedua, mengawal ketat permintaan tanah, menghentikan untuk sementara pengesahan baru projek penggunaan tanah pertanian. Di samping itu, menetapkan semula projek penjualan tanah tinggalan sejarah dan mengumumkan sekatan dasar yang wujud sekarang. Berdasarkan maklumat, kira-kira 60% projek telah diselesaikan pada masa ini. Ketiga, mengawal dengan ketat pelaburan pinjaman wang tanpa rancangan untuk mengelakkan pembangunan semula bertaraf rendah, menolak semua pengeluaran perusahaan yang kecil, menghentikan pengedaran kad izin pengeluaran kepada 12 syarikat pengeluaran simen, mengawal pembangunan projek seperti padang golf, pusat persidangan dan pameran, kawasan pengedaran komoditi dan kompleks membeli belah dan lain-lain dan kelima menetapkan semula projek pelaburan aset tetap berdasarkan peraturan Dewan Negara China. Pembangunan sebanyak 607 projek yang tidak bersesuaian dengan tuntutan telah dihentikan dan ditunda di seluruh bandar Beijing, menduduki 11.4% jumlah projek, jumlah pelaburan yang dikurangkan mencatat 164 bilion Yuan RMB, menduduki 8.7% jumlah pelaburan.
Pelaburan pada bulan Feburari hingga bulan Julai menurun dengan ketara di Beijing pada tahun ini, peningkatan pelaburan mencatat 12.7%; wang pinjaman baru juga menurun 44.1%, antaranya wang pinjaman jangka sederhana dan panjang menurun 14.6%.
Menurut Encik Lu Yingchuan, kerajaan Beijing sedang melaksanakan tugas kawalan makro. Pertama, menetapkan prinsip mengutamakan kerja dalam tiga bidang, iaitu pembangunan industri di bahagian tenggara bandar Beijing, projek pembinaan stadium Sukan Olimpik, kemudahan perkhidmatan awam, tanah pertanian dan projek tali air serta projek melatih tenaga profesional. Kedua, menetapkan semula projek pembangunan zon pembangunan dan pelaburan, mendorong agar zonnya yang disahkan boleh dibangunkan menjadi pangkalan penting bagi perkumpulan dan pembangunan industri. Walaupun pelaburan mengalami sekatan, akan tetapi kerajaan bandar Beijing berusaha mengambil tindakan yang lebih berkesan untuk meningkatkan pengguna.
Encik Lu Yingchuan berpendapat, peningkatan kawalan makro bermanfaat bagi mengurangkan persaingan antara bekalan dan permintaan arang batu, bekalan elektrik, minyak dan pengangkutan pada masa ini, menjamin ekonomi beroperasi dengan stabil dan sihat dalam jangka panjang, bermanfaat bagi mendorong penyusunan semula struktur ekonomi bandar Beijing, meningkatkan penjimatan sumber alam, mengubah cara pertumbuhan ekonomi dan mengatasi risiko yang wujud dalam struktur ekonomi.
----Ching
|