Wartawan CRI melaporkan, Naib Perdana Menteri China Huang Ju hari ini di Beijing menyatakan, pembangunan ekonomi China akan menjadi kekuatan pendorong pembangunan ekonomi dunia.
Demikian dinyatakan oleh Huang Ju semasa beliau menghadiri seminar "pembangunan ekonomi China dan dunia" .
Beliau juga menyatakan, China akan terus memperbaiki sistem ekonomi pasaran, dan menubuhkan sistem ekonomi lebih terbuka; Selain itu, China akan memelihara pertumbuhan ekonomi dengan stabil dalam jangka panjang melalui peningkatan keperluan dalam negara, dan meningkatkan kekuatan ekonomi negara untuk mengurangkan risiko dari luar.
|