Menteri Perdagangan China, Bo Xilai menyatakan, pada beberapa tahun yang akan datang, China akan terus mengekalkan pelaksanaan pelbagai dasar untuk menarik pelabur asing. Dasar pelaburan asing di China dan peraturan serta undang-undang berkaitan tidak akan berubah.
Bo Xilai menyatakan demikian dalam Ekspo Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa China yang sedang diadakan di Xiamen, China. Beliau menegaskan lagi, China tidak akan mengubah dasar mengesahkan kemasukan pasaran dan cukai pendapatan pelabur asing di China.
|