Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-09-10 14:58:44    
Jakarta Diserang dan Asia Tenggara Meningkatkan Kerjasama Antikeganasan

CRI

Kejadian letupan berani mati berlaku di Jakarta, Indonesia pagi semalam, mengakibatkan sekurang-kurangnya 9 orang mati dan hampir seratus orang cedera. Kejadian serangan keganasan berulang kali berlaku di negara itu.

Kejadian letupan itu berlaku di hadapan Kedutaan Besar Australia di Indonesia yang terletak di pusat bandar Jakarta pada pukul 10.28 pagi semalam. Kedutaan Besar Australia dan bangunan tinggi di sekitarnya rosak, hampir semua kaca bangunan itu dan banyak kereta yang diletakkan di tempat itu musnah. Stesen TV tempatan mengulas bahawa kekuatan letupan itu telah serangan keganasan yang berlaku di Hotel Marriott, Jakarta pada tahun lalu.

Setelah kejadian itu berlaku, Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri segera kembali ke Indonesia dari Brunei dan meninjau lokasi letupan itu. Beliau menggesa rakyat Indonesia bersatu padu dan memerangi keganasan. Perdana Menteri Australia, John Howard telah mengutuk kejadian itu dan menyatakan, Australia tidak akan tunduk kepada keganasan.

Pada hari yang sama, kumpulan Jemaah Islamiah yang ada kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda mengeluarkan kenyataan melalui laman web menyatakan, mereka bertanggungjawab terhadap kejadian letupan di Jakarta tersebut.

Letupan itu bukan sahaja telah mengejutkan rakyat Indonesia, tetapi juga mengejutkan rakyat di rantau Asia Tenggara. Pihak polis Thailand telah meningkatkan tindakan keselamatan dan memeriksa semua kenderaan di sekitar kedutaan asing di Thailand. Pihak polis Malaysia juga telah meningkatkan keselamatan di kawasan kedutaan agar mengelakkan serangan berlaku. Pihak tentera Filipina semalam mengumumkan, tentera Filipina di ibu negara itu meningkatkan amaran keselamatan peringkat pertama untuk mengelakkan serangan keganasan berlaku sempena ulang tahun ketiga "11 September".

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, serangan keganasan sering berlaku di Asia Tenggara. Kumpulan Jemaah Islamiah melakukan letupan di Bali, Indonesia pada 12 Oktober 2002, menyebabkan 202 orang mati dan 330 orang cedera. Pada 5 Ogos 2003, Hotel Marriott di Jakarta diserang, mengakibatkan 12 orang mati dan 149 orang cedera. Selain Indonesia, kawasan selatan Filipina dan selatan Thailand juga merupakan tempat aktiviti pengganas.

Serangan keganasan yang sering berlaku di Asia Tenggara bukan sahaja mengancam keselamatan rakyat rantau itu, tetapi juga mempengaruhi pembangunannya. Negara Asia Tenggara menyedari bahawa tindakan keganasan sudah menjadi ancaman serius masyarakat antarabangsa, mereka mesti meningkatkan kerjasama antikeganasan di rantau itu bagi melindungi keselamatan dan pembangunan Asia Tenggara. Pemimpin negara Asia Tenggara telah mengadakan perbincangan untuk menetapkan dasar antikeganasan dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Selain itu, Filipina, Thailand dan Singapura telah mengadakan latihan tentera bersama sejak tahun 2002. Pada Julai 2003, ASEAN telah menubuhkan Pusat Antikeganasan Asia Tenggara di Malaysia. Mesyuarat Panglima-Panglima Tentera Negara Anggota ASEAN yang diadakan pada 7 September lalu memutuskan, negara ASEAN akan meningkatkan kerjasama latihan pegawai dan perkongsian maklumat perisikan dan mengadakan latihan tentera bersama antikeganasan pada masa depan.

Penganalisis berpendapat, oleh sebab keganasan berkaitan dengan konflik politik, kejadian keganasan sudah menjadi masalah yang dihadapi oleh pelbagai negara Asia Tenggara. Oleh yang demikian, negara Asia Tenggara menghadapi banyak kesukaran dalam perjuangan antikeganasan di rantau itu.