Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri China Wen Jiiabao menyatakan bahawa hubungan ekonomi dan perdagangan China -Amerika Syarikat merupakan komponen yang penting dalam hubungan kedua-dua negara. Kedua-dua pihak seharusnya meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan berdasarkan prinsip pembangunan, sama darjat dan saling menguntungkan. Demikian dinyatakan oleb beliau ketika menemui Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Perdagangan Amerika Syarikat-China Michael L.Eskew di Beijing semalam.
Wen Jiabao menegaskan bahawa mengekalkan pembangunan hubungan China dan Amerika Syarikat dalam jangka panjang, stabil dan sihat merupakan hasrat bersama rakyat kedua-dua negara dan juga merupakan asas perdamaian dan pembangunan dunia.
Michael L.Eskew menyatakan Jawatankuasa Kebangsaan Perdagangan Amerika Syarikat-China akan meningkatkan secara besar-besaran pembangunan hubungan Amerika Syarikat-China yang stabil dalam jangka panjang.
|